Wah, sudah menerima beberapa tempahan lagi. Alhamdulillah. - Testing link features
Tempahan Projektor
Wah, sudah menerima beberapa tempahan lagi. Alhamdulillah.
- Testing link features
Alang-alang menyeluk pekasam, Biar sampai ke pangkal lengan..”
I love you
Note: And I love you for a thousands more..
Testing.
Pengalaman di Bandung, Indonesia – Hari Keempat
Pagi ini daku bangun agak awal. Semestinya untuk solat Subuh. Alhamdulillah. Anak sape la ni. Kemudian sambung tido. Haha. Seterusnya bangun semula untuk mandi dan berkemas untuk check out dan meneruskan aktiviti. Tujuan check out awal kerana aktiviti ini akan memakan masa lebih daripada pukul 12 pm. Petangnya bakal ku bertolak ke Jakarta semula untuk tidur di sana.
Seawal jam 7.30 pagi daku dan isteri terhebat menunggu di lobi untuk Z dan kakak K bersiap. Tepat pukul 8 pagi, kedua-duanya hadir dan kami terus bertolak ke Stesen Keretapi Bandung. Sementara dalam perjalanan, kami sempat berhenti dan melalui beberapa tempat seperti Museum Asia-Afrika, Bandung Null Point, dan tempat penjualan lukisan. Sampai di Stesen Keretapi Bandung, kami menempah tiket ke Jakarta untuk pukul 4.30 petang ini. Di sini sebutannya ‘jam setengah lima’ yang bermaksud 4.30 pm, manakala jam setengah tiga bermaksud 2.30 pm. Wah, asing gitu.
Untuk menempah tiket keretapi prosedur berikut diikuti. Mula-mula isi borang pendaftaran atau booking yang boleh didapati di kaunter. Kemudian, isi maklumat yang dikehendaki. Untuk ruangan masa perjalanan, anda hendaklah mengetahui jadual perjalanan keretapi tersebut dengan melihat papan notis atau bertanya kepada kaunter. Setelah itu, beratur di kaunter beserta dengan wangnya untuk menempah tiket. Agak kompleks gitu sampai dua kali kerja. Maklumat tadi akan dimasukkan semula ke dalam computer dan dicetak untuk rujukan dan sebagai tiket. Kalau di Malaysia maklumat terus dimasukkan ke dalam komputer di kaunter.
Selepas itu, kami terus bertolak ke Tangkuban Perahu. Tangkuban perahu ini ialah tempat gunung berapi yang tidak aktif yang terkenal selain Gunung Berapi kawah putih itu. Kira Tangkuban Perahu ini memangsalah satu tempat pelancongan terkenal disini. Kami pergi dengan Van yang telah dikawtim oleh Kak K dengan harga IDR 250,000 untuk kemana-mana seharian itu. Sementara sampai disana, Kak K menceritakan mitos berkenaan Tangkuban Perahu tersebut.
‘Suatu masa dahulu terdapat seorang anak yang dilahirkan oleh satu keluarga. Bapanya mempunyai magis dan boleh menyerupai sesiapan dan binatang. Semasa budak tersebut remaja, beliau pergi berburu dan berjaya membunuh seekor anjing. Hati anjing tersebut diberikan kepada ibunya. Ibunya menyedari yang hati tersebut ialah milik bapanya. Berang dengan tindakan anaknya, ibunya mengusir anaknya dari rumah. Hari bertemu hari, bulan bertemu bulan, sudah berjuta purnama berlalu.
‘Ditakdirkan si anak berjumpa semula ibunya dalam keadaan berkasih sayang. Mereka tidak mengenali antara satu sama lain kerana ibunya awet muda, dan remaja tersebut handsome perkasa. Sampai satu ketika mereka merancang untuk berkahwin. Dan tatkala sebaik sebelum upacara perkahwinan tersebut, si ibu menyedari akan tanda yang terdapat di anaknya. Takut menyinggung perasaan anaknya yang menaruh harapan tersebut, ibunya tersepit dengan perkahwinan haram itu. Maka, ibunya mengenakan beberapa syarat yang pelik yang menyukarkan majlis perkahwinan itu.
‘Ibunya mengenakan syarat pembinaan perahu yang besar dalam satu malam sahaja. Berang dengan tindakan ibunya itu, si anak segera menyiapkan perahu tersebut dalam satu malam. Ibunya semakin risau dengan kehebatan anaknya itu, telah menggunakan kuasa magis mempercepatkan hari siang. Si anak yang kecewa dan bertambah berangnya dengan keadaan itu telah menerbalikkan perahu itu.’
Sesampainya kami di kaki bukit, van kami ditahan oleh pekerja disitu dan beliau kemudian mengira berapa orang pelancong dan berapa orang yang dari Indonesia. Nak katakan kami berkulit putih, tak jugak. Sepatutnya kita ini rumpun yang sama, tiada perbezaan dari segi warna kulit dan raut wajah. Cuma yang mengantoikan kami daripada Malaysia ialah cara berpakaian mungkin. Nampak benar gaya tudungnya dari Malaysia. Huhu. Dengan itu, kami dikenakan harga yang berlainan yang 4 kali ganda lebih harga orang daripada Indonesia iaitu IDR50,000 berbanding IDR13,000.
Sampai di puncak terdapat banyak orang yang menjual barang seperti keychain dan sebagainya secara persendirian dan menggunakan approach secara jurujual sewaktu di kedai makan. Apa yang dipesan oleh driver kami ikuti iaitu tidak membeli daripada jualan persendirian tersebut kerana dikuatiri semua penjual akan menyerbu untuk menjual barang mereka pula jika anda membeli daripada salah seorang.
Pemandangan di sini memang best dan temperature boleh dikatakan sejuk sedikit berbanding Cameron Highland di Malaysia. Namun kesejukan tersebut tidak sampai untuk anda memerlukan pememakaian sweater dengan wajib. Kami kemudian bergerak daripada kawasan letak kereta tersebut ke kawasan gunung berapi tersebut di pergunungan itu yang jaraknya lebih kurang 2 kilometer.
Dari tempat itu boleh dilihat jelas gunung berapi tersebut punya lahar putih dan bau gas ammonia yang keluar agak kuat. Satu spesel pose telah disetup olehku untuk si Z dan Fazira bagi menunjukkan satu kelainan di sini. Saksikan di http://sweet.journalku.com
Selesai sahaja di Tangkuban perahu, kami turun makan tengahari di kaki bukit. Setelah itu, kami terus ke kedai Kartika Sari yang agak famous di sini dan Malaysia. Kartika Sari ini ialah kedai kek, dan terdapat banyak kek yang murah dengan harga mampu.
TO be continued.
Pengalaman di Bandung, Indonesia – Hari Ketiga
Kami bangun awal dan sempat bersarapan sebelum check-out pada pagi itu. Teksi jenis Blue Bird telah menunggu di luar kerana telah ditempah semasa check-in semalam. Seawal jam 8 pagi Indonesia ini, jalan tidak sesak. Memang lancar terus teksi ini meluncur ke Pasar Baru dengan harga IDR25,000 menggunakan meter.
Di Pasar Baru, barang-barang memang agak murah. Dan boleh murah lagi kerana orang-orang disini sudah pandai meletakkan harga tinggi sebelum ditawar. Tawar je sampai -40%. Nanti bolehlah dapat harga yang boleh-boleh untung sedikit. Panduan harga di sini tak pula kukaji sebelum datang. Tapi baju renang tu dalam IDR125,000; kain telekung IDR130,000, dan lain-lain lagi yang masih boleh cuba ditawar.
Selesai sahaja bershopping di pasar baru, kami ke tempat makan semalam. Memang kelakar kerana adik yang mengambil order semalam masih ingat lagi muka kami dan terus mengulangi order semalam. “Mahu air fresh oren dengan tembikai dan ayam panggang lagi ya pak?” Selepas itu, kami terus mengambil teksi GR ke rumah penginapan si Z iaitu Hotel Gandapura. Ia terletak di tengah Bandung. Dengan harga IDR185,000 (MYR70) per night which we didn’t expect too luxury, is still can considered satisfy our basic need. Cukup dengan bilik berkipas sahaja bersama TV dan 2 katil beserta tandas dan meja-almari.
Jam menunjukkan pukul 3 ptg Indonesia dan dengusan guruh sedang berkumandang. Hujan lebat turun sebaik sahaj sampai dihotel menjadikan plan kami untuk ke Factory Outlet dan Toko Tiga terbantut.
Baiklah. Kembali kepada panduan. Kami replan semula 4 orang ini dan bergerak ke Factory Outlet yang berdekatan selepas Maghrib. Menariknya kali ini kami menaiki Angkutan Kota. Harganya murah aja pak. Cuma IDR2,000 seorang. Bentuk Angkutan Kota atau Angkut ini adalah seperti van lama. Van ini agak kecil dan boleh memuatkan dalam 10-12 orang pada satu-satu masa. Terdapat banyak disini dan mereka seolah-olah bas mini yang terdapat di KL suatu ketika dahulu. Sentiasa bergerak ke satu-satu tempat dengan kadar yang banyak disamping tambang yang murah. Jika anda membawa beg besar, ia akan dkira sebagai satu passenger. Hehe.
Sesampai di Factory Outlet, kami ingin mengeluarkan wang dahulu kerana kehabisan. Gitulah bila berada di tempat orang. Kalau mencari uang tidak mengapa, ini tujuannya memang menghabiskan uang. Hahaha. Jangan risau pak. Walaupun Harimau tiada, 1Malaysia ada. Bank Cina India Melayu atau CIMB bank ini ada terdapat banyak di Indonesia. Dan seperti yang daku expect, kebanyakan orang tidak aktifkan pengeluaran antarabangsa di ATM di Malaysia sebelum keluar negara. Cuma daku sahaja boleh buat pengeluaran manakala si Z dan Fazira tidak mengaktifkannnya. Setelah kad ATM CIMB dicucuk, satu skrin akan memaparkan Access Restricted. Oleh itu, jangan lupa aktifkan kad ATM anda. Pilih menu Others dan cari pengeluaran antarabangsa gitu sebelum ke negara asing. Kad HSBC nggak perlu activate.
Walaupun harganya agak murah, namun ku merasakan harganya seakan-akan yang terdapat di Malaysia semasa Sale. Cuma ini tidak Sale. Jadi ku mencuci mata sahajalah di sini. Kemudian, kami ke tempat ala-ala lowyat gitu. Bandung Electronic Center. Harga disini lebih kurang di Malaysia jugak. Mungkin memang begitu, mungkin jugak sebab kami tidak tawar menawar. Oh ya, no telefon Indonesia boleh juga dibeli disini dengan ID yang didaftar menggunakan no Passport anda.
Kemudian, kami makan malam di tempat yang dinamakan ___. Agak enak juga makanan disini. Selepas itu kami pulang aja ke hotel. Sekembalinya ke hotel, disebabkan masih awal dan keboringan melanda, kami ke restoran Pizza Hut yang terdapat disebelah hotel. Haha. Macam dah takde tempat lain untuk melepak. Yelah, mamak pun macam takde kat sini. Pizza Hut pun Pizza lah. Dengan harapan ada wireless.
Sewaktu masuk Z bertanya sama ada wireless internet terdapat disitu, pekerja restoran menyatakan iya. Tapi jelas riak diwajahnya beliau tidak faham apa yang dimaksudkan. Kemudian, selepas sekeping pizza kecil dan 2 air Milo dipesan, daku bertanya kembali kepada gadis pizza yang lebih cun. Ternyata beliau memahami dan menyatakan ‘wireless tiada lagi disini masih baru’. Hahaha. Nampak gayanya begitulah berakhirnya malam ini dengan cit chat. Terima kasih juga dengan ketiadaan wireless tersebut membuatkan daku menyelesaikan penulisan blog ini (tengah tulis nih) di Microsoft Word.
Pengalaman Hari Keempat yang lebih menarik menanti.
Pengalaman di Bandung, Indonesia – Hari Kedua
Pagi ini kami bangun agak awal. Fazira lagila smart. Siap sembahyang subuh 2 kali lagi. First pukul 5 pagi Malaysia, sekali lagi pukul 5 pagi Indonesia. Haha. Susah betul dia nak adjust masa. :p
Hari ini punya objektif ialah ke Bandung dan bergabung dengan counterpart sana. Eh. Haha. Pegi jumpa si ex-housemate Fazira. Wakaka. Tak boleh belah. Siut je. Ala2 friends never die. Ingatkan kami pergi berdua je. Rupanya sebelum pergi semalam baru tahu yang si budak ni pun pergi Jakarta-Bandung sama. Haha. Dia pun tak bagi tahu orang lain. Syok betul die dengar kami pun ade sama. Baiklah, namanya dirahsiakan. Wakakaka. Habisla kau.
Dari hotel kami, Best Western Mangga Dua yang teramat best dan murah yang dibook melalui internet itu, kami menaiki shuttle free yang diprovide hotel ke Mangga Dua Square. Dari Mangga Dua Square, kami menaiki trifle (sebenarnya ‘Travel’ tetapi disebut Trifle oleh masyarakat setempat) yang berjenis Cipaganti untuk ke Bandung. Harganya cuma IDR 70,000 seorang. Murahnye. Murah daripada tambang teksi Airport ke Hotel!. Yang menariknya cuma kami berdua sahaja dalam Cipaganti Toyota macam van itu. Memang besar dan luas.
Perjalanan ke Bandung mengambil masa 2 jam setengah. Tertidur-tidur kami dalam van itu sambil menikmati pemandangan di Indonesia. Macetnya boleh tahan. Macet itu jem aka jalan sesak. Haha. Macet oh macet. Selain itu dapat menikmati pemandangan rumah-rumah ala setinggan di bawah pencawang-pencawang elektrik dan juga alam pergunungan dan lebuhraya yang aman damai.
Cipaganti ini berhenti rehat diperhentian highway ala-ala RnR itu selama 5-10 minit sebelum meneruskan perjalanan. Sesampai di Bandung, kami berhenti di tempat Cipaganti punya perhentian teksi. Sebetulnya kami berhenti di depan sedikit di Giant. Tetapi lebih mudah kami terus mengambil teksi. Cipaganti berjenis teksi ini menggunakan meter, jadi kami tak kisahlah kat mana. Cuma jalan di Bandung ini MACET. Bawa teksi meter pun turun banyak. Tapi camtula. Berbanding teksi sapu, teksi meter ini lebih murah. Ada jenis BlueBird, Cipaganti, Gemah Apetah. Kira yang ni pakai meter la.
Dari sana kami terus ke Pasar Baru. Ya, tempat shopping kegemaran wanita. Yup. Wanita sahaja. Lelaki cuma yang tough dan bermotivasi tinggi sahaja dibenarkan masuk. Kerana lelaki cuma bertujuan menemani wanita tersebut, mengangkat barang, dan menunggu dengan penuh sabar. Di sana, kami telah ketemu si Z (ex-housemate Fazira) tadi di tempat makan. Memang heaven la shopping untuk wanita. Harga dari tempat tersebut ke sana ialah IDR 25,000 sahaja. Walau bagaimanapun sesuatu telah berlaku kepadaku. Handset daku telah tertinggal di Cipaganti Teksi tadi. Nanti akan ku ceritakan kisahnya nanti.
Selepas makan bersama dengan I dan rakan Indonesianya (Kakak Kenti), kami pergi solat di tingkat atas. Maksudnya ada tempat solat lah di bangunan tersebut untuk cater keperluan wanita untuk shopping seharian di sini. Hoho. Disebabkan hotel yang kami tempah adalah jauh daripada tempat shopping, kami decide untuk letak barang di bilik Z dahulu, dan teruskan perjalanan. Hotel Z terletak berdekatan dengan tempat shopping menjadikan ia strategik dan menjadikan ia tempat untuk kami tidur keesokan harinya.
Setelah letak barang di hotel Z, lepas solat Maghrib kami terus ke tempat yang dikenali sebagai Van der Paris. Tempat ini ala-ala Pavilion la di KL. Cuma disini ada la nampak diskaun atau Obral (Sale) di sini menjadikan ia seakan-akan The Curve atau OU. Tapi tempat ini kami tak favour la sangat sebab banyak terdapat di Malaysia. Cukup sekadar membandingkan harga di sini.
Kemudian kami makan di gerai luar. Makan Soto. Selepas itu kami bergerak pulang ke hotel si Z, seterusnya ke hotel kami iaitu Hotel Lingga yang terletak di selatan Bandung. Hotel Lingga ini seakan-akan berkonsep Islamik, dengan harga IDR440,000 atau dalam MYR155.00 semalam. Namun bilik di hotel ini tidaklah sehebat hotel di Jakarta walaupun harganya seakan-akan sama. Kami pun mandi dan berehat untuk persediaan shopping hari esok.
Travelog – Pengalaman di Jakarta, Indonesia. Hari Pertama.
Assalamualaikum w.b.t., Alhamdulillah, syukur kepadaNya kerana memberi kesempatan kepadaku untuk bercuti bersama isteri lagi di negara orang selepas 3 bulan perkahwinanku. Kali ini kami pergi berdua berbanding di Ho Chi Minh yang turut disertai sahabatku yang rapat.
Kami bertolak daripada Putrajaya ke LCCT pada jam 3.00 ptg dengan menggunakan teksi yang ditempah. RM60 jugak lah habis. Pikir-pikir balik kalau letak kereta di KL Sentral pun, amik bas dah lebih RM60 untuk lima hari. Option lain, letak kereta di Putrajaya Sentral. Itu pulak memakan masa kerana terpaksa menunggu bas untuk ke sana.
So sampai di LCCT pukul 3.30, wah, awal. Kami pun menunggu untuk check-in beg. Kemudian, lepaking dekat Marry Brown yang sudah-lama-tak-makan-sejak-zaman-U yang tak sedap. Ramai jugak orang kali ini berbanding ke Vietnam dua bulan lepas. Mungkin sebab hari Jumaat kot.
Setelah bertolak pada jam 7.00 pm, kami sampai 2 jam selepas itu. Walau bagaimanapun, waktu tempatan ialah 8.00 pm. Beza 1 jam. Airportnya boleh tahan. Tapi tak nampak besar macam KLIA. Setelah ambil beg dan keluar airport, kami diapproach oleh teksi sapu. Mereka memakai tag berwarna hijau, dan mereka mengatakan mereka legal. Apabila ditanya harga ke hotel daku iaitu Best Western Mangga Dua, teksi sapu ini menyatakan harga “220 ribu pak”. Namun, daku teta berkeras mahukan teksi bermeter. Dan, akhirnya menggunakan teksi bermeter, harga ke hotel ialah 130 ribu sahja. Alhamdulillah.
Vietnam Hari 2 – Touring Around HCMC
Hari 2
Kami bangun seawal jam 5 pagi Vietnam. Ia adalah bersamaan 6 pagi Malaysia. Solat subuh. Baiklah. Anda missed sesuatu jika anda baca sekali sahaja pernyataan sebelum ini. 5 am waktu tempatanVietnam adalah bersamaan 6 am waktu tempatan Malaysia. Vietnam terletak di sebelah timur semenanjung Malaysia dari segi logitudnya. Maka, sepatutnya waktu Vietnam sekarang lebih daripada pukul 6 pagi Malaysia kerana ia cerah dahulu. Boleh dikatakan sekarang teramat cerah diluar seperti pukul 8 am. Itu yang saya katakan pelik dalam post sebelum ini.
Seharian ini kami plan untuk menjelajah tempat-tempat menarik di HCMC dengan berpandukan Tourist Guide yang tidak berbayar iaitu diri saya sendiri. Haha. Maka, pukul 7.30 am kami turut bersarapan di Hotel tersebut. Alhamdulillah, terdapat hidangan buah-buahan dan juga cereal selain daripada makanan sedap tetapi meragukan buat kami. Alhamdulillah, boleh juga untuk mengalas perut.
Destinasi pertama ialah yang terdekat iaitu Notredame Cathederal.
Notredame Cathederal terletak di sebelah Paris Square (Cong Xa Pari) telah dibina antara tahun 1877-1880 ini dipercayai terletak di atas tapak Pagoda zaman dahulu. Pada tahun 2006, statue yang terletak di Notredame Cathederal diletakkan dibawah pengawasan kerana dipercayai mengalirkan air mata.
Destinasi kedua – General Post Office
General Post Office ini telah dibina pada 1880-an menggunakan senibina Perancis dan Khmer. Di dalam pejabat pos besar ini terdapat ruang yang sangat luas dengan dinding yang tinggi. Terdapat beberapa album setem Vietnam yang lama yang dijual dengan harga dalam lingkungan MYR20 – MYR30. Terdapat juga pelbagai bentuk handicraft , keychain, dan poskad yang boleh dijadikan souvenir dijual di dalamnya. Terdapat juga bank untuk tukaran wang yang mana tukarannya agak mahal berbanding di pasaraya Ben Than atau di tempat kami menginap iaitu District 1 berdekatan masjid. Pada dinding di sebelah dalamnya terdapat peta lama Cochin China yang masih terselamat dn di tengah hujung pejabat pos itu terpapar gambar potrait seseorang iaitu seorang yang dikenali sebagai Ho Chi Minh.
Destinasi 3 – Reunification Palace
Dahulu dikenali dengan nama Presidential Palace, Reunification Palace ialah sebuah istana pada zaman dahulu yang merupakan simbol kebangkitan Vietnam atas kejatuhan kerajaan Vietnam Selatan oleh Vietnam Utara. Maka di dalam Palace terdapat terdapat tinggalan rung dan peralatan yang digunakan sejak 1975 dahulu. Pengunjung boleh mengunjungi 4 tingkat bangunan tersebut termasuk tingkat teratas iaitu tingkat rooftop juga termasuk basement. Di luar bangunan tersebut terdapat 2 kereta kebal sebagai simbol tentera Vietnam Utara yang menerjah masuk ke pagar Istana Vietnam Selatan pada 1975. Kapal terbang yang juga terdapat di luar bangunan istana pula ialah sebagai simbol serangan ke atas President Diem yang dipercayai diterjah oleh dua orang juruterbang terhandal daripada Vietnam Selatan.
Destinasi 4 – Ben Than Market (sekejap sahaja singgah)
Waktu menunjukkan pukul 12.30 pm, maka kami sudah lapar. Berada berdekatan area Ben Than, kami kekurangan guide untuk makanan halal. Alang-alang sudah sampai ke Ben Than, kami shopping 10 minit dahulu meninjau keadaan sebelum pulang ke kawasan hotel yang berdekatan dengan restoran halal yang dijumpai malam tadi.
Destinasi 5 – Restoran Makanan Melayu (Empat Musim)
Destinasi 5 – War Remnant Museum
Vietnam Hari 1 – Selamat Datang ke Vietnam
Kisah ini adalah berdasarkan pengalamanku bersama isteri, dan bffs ke Ho Chi Minh, Vietnam dua minggu selepas majlis perkahwinanku. Semoga coretan daripada cebisan memori manis ini akan sedikit sebanyak memberi panduan kepada sesiapa yang akan ke sana.
Sebelum Hari Pertama:
Sejak dari tahun lepas lagi pembelian tiket dan perancangan dilakukan sedikit demi sedikit. Terima kasih kepada AirAsia dan jiwaku yang teringin ke negara atas daripada negara bawah dalam penetapan destinasi tersebut. Terima kasih juga kepada bff, Cik Suliza yang memberikan link panduan ke Ho Chi Minh City (HCMC) daripada perbicangan forum di sini: http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=615922 . Ia sememangnya membantu ‘what to expect’ di sana nanti.
Sebulan sebelum ke sana, yakni pada awal taun 2012, beberapa perkara rancak disediakan dan dilaksanakan. Ditambah pula dengan majlis perkahwinan ku juga penghujung Jan 2012, taraf terujanya membuat segala itu ibarat Uranium 235 yang terbebas tanpa Boron ditengahnya. Passport, Kebenaran ke luar negara, Penginapan, Tourist Guide (saye la tu), dan beberapa perkara lain telah disediakan dengan jayanya. Alhamdulillah berbekalkan pengalaman di negara orang sebelum ini.
Hari 1
Pada 9 Feb 2012, kami berempat bertolak daripada Putrajaya ke LCCT pada pukul 2.30 petang. Kami menaiki Van teksi yang telah ditempah pagi itu dan ia memakan Ringgit Malaysia Rm120. Apa boleh buat, baggage semua orang bawak satu, teksi kecil tak cukup. Hehe.
Sesampainya di sana, kami berehat sebentar sementara menunggu check pukul 4.30 petang dan kemudiannya menaiki pesawat Air Asia AK884/881 ke HCMC pada jam 6.50 petang. Itu menandakan sejarah tercipta buat kedua-dua BFFs ku ke luar negara.
Perjalanan yang mengambil masa 1 jam 50 minit itu tamat setelah pesawat selamat mendarat di Lapangan Terbang Tan Som Naht, Ho Chi Minh. Masa tempatan: 19:40. Hm.. Agak pelik juga buatku kerana tadi bertolak pada jam 6.50 petang, kemudian sampai sini sepatunya tidak sampai 40 minit. Tapi sekarang baru 7.40 pm? Hm.. Mungkin ada yang mengatakan ia perbezaan masa kerana berlainan latitud. Mungkin juga. Tapi, sebetulnya saya sudah biasa dengan perbezaan tersebut, kerana jangkaan saya sepatutnya dalam 2 jam lebih sudah berlalu kerana kita bergerak ke arah Timur, bukan ke arah Barat yang boleh menjimatkan masa. Saya akan terangkan kemudian.
Sesampai sahaja di Airport, setelah melakukan pemeriksaan imigresen, kami terus mendapatkan teksi. Teksi tersebut (yang berbentuk Van teksi yang kami naiki ke LCCT) ialah daripada syarikat Vinasun yang seterusnya menjadi pilihan kami di HCMC ini. Perjalanan daripada Airport ke Hotel Hai Long 5 mengambil masa hampir 30 minit dan cuma memakan Ringgit Malaysia RM20 sahaja. Agak terperanjat mendengarnya.
Sepanjang perjalanan ke hotel dapat kami saksikan kehidupan di sini yang jauh meleset seperti yang kami jangkakan. Tiada nampak orang yang tidur di tepi jalan, dan tiada rumah yang macam kampung atau pengemis-pengemis yang banyak. It is not that bad here. Kebanyakan jalan-jalan disini dipenuhi dengan motosikal. Terlalu banyak sampai hendak melintas pun takut. Kalau kat Malaysia jam dengan kereta, kat sini boleh dikatakan jam dengan motor. Mungkin di sini saya tafsirkan motor lebih mudah dan affordable diperoleh berbanding kereta. Dalam nisbah 20-25 biji motor: 1 biji kereta di jalanan. Dan kereta tersebut kebanyakannya teksi, bukan kereta persendirian.
Sesampai sahaja di hotel, kami diberi 2 bilik yang bersebelahan. Dan satu bilik itu agak besar. Memang agak melebihi nilai RM100 satu malam untuk hotel di Malaysia. Harga bilik tersebut dalam lingkungan RM400 untuk dua malam, dua bilik. Dengan masing-masing yang agak lapar, kami pun tanpa berlengah lagi terus membuka bekalan maggie dan roti dan apa-apa yang telah dibawa daripada Malaysia. Alhamdulillah. Sementara nak navigate area di mana ada restoran Halal, maka itulah hidangan kami.
Seterusnya malam itu, Puan Fazira berehat di bilik dan kami bertiga cuma walking down the street di area berdekatan dengan hotel. Terdapat satu kedai grocery 24 jam buka dan rupanya hotel tersebut berdekatan dengan tempat makanan halal. Cuma kurang 5 minit dengan berjalan kaki. Kami kemudian berjalan kaki ke area riverside di Saigon River. “Massage sir, massage!” Panggil seorang awek Vietnam yang kukira agak cute dengan baju menutupi seluruh badannya. Kami cuma mengangkat tangan tanda, “It is ok.” Fairuz pun agak terkejut dengan panggilan tersebut dan terus terngiang-ngiang sepanjang pulang ke bilik. Hahaha.
End of Day 1.
Jom Kuruskan Badan
Banyak orang cakap kalau lepas kahwin badan mesti naik. Tak kira sama aada lelaki atau perempuan. Nanamun, mengikut trend yang daku kaji, terdapat sesetengah orang yang masih tidak naik badannya. Hal ini setelah dikaji dengan mendalam ianya disebabkan mereka duduk masih berjauhan atau PJJ. Itu satu tip yang bagus. hehe. Namun begitu juga, hasil kajian daku lagi, setelah berkahwin, berat badan seseorang akan naik, dan kemudian akan turun semula hasil kawalan pemakanan dan cara hidup sihat setelah mereka insaf.
Terdapat beberapa faktor yang ku kenalpasti (anda boleh menambahnya selepas ini) yang menyebabkan berlakunya kenaikan berat badan secara mendadak;
1. Terlalu banyak makanan – isteri atau suami (opss.. haha) yang suka memasak dan makanan bukan disediakan untuk 2 orang tapi 4 atau 5 orang
2. Terlalu banyak makan – sekejap-sekejap makan. sekejap-sekejap makan. jumpa aiskrim makan. jumpa burger makan. jumpa nasik makan.
3. Kurang senaman – balik keje je isteri dah masak. tak pun isteri atau suami nak pegi jenjalan, kena teman. tak pun ada sahajalah agenda salah seorang. maka, senaman tu confirm tak sempat buat.
4. Kurang berfikir atau beraktiviti – dulu macam-macam kena fikir. kerja. kerja. planning 5 tahun. planning 1 tahun. planning itu ini. bisnes. dulu macam-macam kena buat. basuh baju. masak. tak pun start moto pegi beli makanan. pikir pulak nak makan apa. lepas tu jumpa klien. tak pun jumpa makwe untuk dating. shopping sana. tgk wyg sini.
5. Kurang aktiviti sosial – dah ada rumah sendiri, takkan nak keluar lagi. maka kurangnya aktiviti melepak di luar seperti tengok wayang, shopping, joging, lepaking kat kedai mamak, study dekat McD dan sebagainya.
Maka, jika kita boleh sebaiknya menjaga kembali kesihatan tubuh badan selepas berkahwin memang amat mengagumkan. tengok artis yang dah kahwin, semua hot je. Bertambah lak hotnya. Maka baik lelaki mahupun perempuan, masing-masing hendaklah menjaga kesihatan tubuh badan dan bagi perempuan lebih-lebih lagi, jagalah badan anda kerana ia adalah aset anda. Eh. haha. Ni membe yang cakap lah. Betul jugak tuh.
Oleh itu, saya ingin keep track dengan berat badan saya selama 6 bulan. Let’s see how it goes. Kalau bertambah atau berkurang tidak mengapa. Just nak tengok flow sahaja. hehe. Jom Kuruskan Badan. Kempen ini dilancarkan oleh rakan saya yang mempunyi page Lu Slim La Beb di Facebook yang baru sahaja membeli domain ikurus.com Hahaha. Tengok weh aku promote.
Oh ya. Nanamun daku mengagumi seorang rakan yang tidak makan atau jarang makan malam dan makan sikit tegahari walaupun beliau itu sudah kurus kering. Makan lah weh. Isk2. Kene tiup angin karang… :p kalau makan sikit, dah boleh jadi model. ;p
Sekian.
Berat pada:
4/2/2012 – 61 kg
15/2/2012 -
1/3/2012 -
15/3/2012 -
1/4/2012 -
15/4/2012 -
1/5/2012 -
15/5/2012 -
1/6/2012 -
15/6/2012 -
1/7/2012 -
15/7/2012 -
Wah, sudah menerima beberapa tempahan lagi. Alhamdulillah. - Testing link features
I love you
Note: And I love you for a thousands more.. Testing.Pengalaman di Bandung, Indonesia – Hari Keempat
Pagi ini daku bangun agak awal. Semestinya untuk solat Subuh. Alhamdulillah. Anak sape la...
Pengalaman di Bandung, Indonesia – Hari Ketiga
Kami bangun awal dan sempat bersarapan sebelum check-out pada pagi itu. Teksi jenis Blue...





