
Ok, adela sorang kawan dekan ni kan die ade problem cinta sekarang. Mintak dekan tolong solvekan. Ni dekan storikan kisahnya supaya sama2 leh pikirkan cara solve. Huhu. Begini ceritanya:
Perkenalan
Mr A ni telah berkenalan dengan Cik S sudah setahun sekarang. Sewaktu Mr A praktikal dahulu detik perkenalannya telah bermula, di tempat Cik S bekerja. Cik S lulusan diploma, maka beliau sudah bekerjalah, tetapi Mr A belum lagi bekerja dan ada setahun untuk tamatkan degree waktu tu (sekarang sudah tamat).
Nada stabil
Selepas berkenalan, timbul bibit-bitbit cinta, (wah, aku pandai menyatakan ayat ini), maka Mr A ngan Cik S selalulah kuar jenjalan hujung minggu semasa praktikal itu. Cik S bukan seorang sosial sangat, jadi die kalo kuar pun ngan adik beradik, keluarga atau Mr A la (tiba-tiba wujud Mr A kan? :)). Mak ngan abang2 Cik S pun sudah Mr A jumpa dan berkenalan untuk menunjukkan keikhlasan Mr A berkawan (dan berkawen :p ).
Orang ketiga
Sebenarnya terdapat seorang rakan lama Cik S yang (tiba-tiba?) meminati Cik S. Namanya Mr B. Mr B seorang yang sudah bekerja (businessman baru kot) dan berkenalan ketika mereka belajar dahulu. Mr B mengambil langkah drastik memberitahu kesudiannya berkahwin kepada ibu Cik S. Cik S begitu terkejut mendengar berita sebegitu. Dengan spontan Cik S bercakap x bersedia. Tetapi apabila mak dia berkata umurnya sudah lanjut (Cik S berumur 2 tahun tua dari Mr A), Cik S mendiamkan diri. “Orang nak tunggu Mr A,” katanya kepada ibunya. Mr A pasrah mula-mula, yelah sedang study, kemudian tidak sangka Cik S akan kata begitu dan amat terharu mendengarnya.
Kisah berikutnya
Sedang belajar di negeri selang 3, dari Cik S, Mr A nekad berjumpa jugak Cik S hujung minggu itu dan pergilah beliau ke tempat Cik S dengan keazaman yang kuat untuk menunjukkan betapa seriusnya Mr A mengambil Cik S sebagai isteri. Ini bukan cinta pertama MR A, tapi ini mungkin cinta pertama Cik S. Teringat pula dekan satu pepatah ketika dahulu:

How lucky a man if he got the first love of a women, And how lucky a woman if she got the last love of a man.
Baru-baru ini
Okay, sebenarnya sudah lama MR A ingin menamatkan pengajian dan bekerja sama ada beliau terasa sudah mampat otaknya dan tanggungannya yang Mr A ingin ringankan beban terhadap ibu bapanya. (Walaupun ibu bapanya bukan orang susah, tapi disebabkan MR A ni anak sulung, beliau terasa begitu). Setelah tamat pengajian, Mr A pun mencari kerja. Mencari, interview, dan lain-lain lagi. Semua Mr A buat demi untuk diri sendiri dan untuk meyakinkan mak Cik S jika ingin bersamanya.
Problem
Tiba-tiba timbul kisah lama, Cik S disuruh consider semula tawaran daripada Mr B selain menunggu Mr A kerana dianggap MR A belum mempunyai pekerjaan. Terkesima Mr A tatkala mendengar tersebut. Baru sahaja tamat pengajian 2 minggu sudah dikatakan penganggur? Result pun belum sampai rumah apatah Graduation Day lagi. Bukannya Mr A tidak berusaha. Cuma belum rezeki..
Bercakap dengan senior maximum tempoh untuk mendapatkan pekerjaan ialah 2-6 bulan selepas grad. Yelah, lainlah kalau mahu kerja McD ke KFC sudah tentu amat boleh sahaja sekarang. Tapi nak pakailah sijil degree tuh. Penat jugalah MR A apply sana sini, dan belajar skill yang diperlukan untuk dibolehkan interview to meet the requirement.
Cik S yang mendapat desakan ibunya mendesak Mr A mencari kerja. Mr A yang agak tensen mendengar herdikan Cik S yang mengatakan beliau lembik, lembab, dan memarahi Cik S kerana beliau amat determine dan kepenatan demi untuk kebahagian Cik S juga tanpa disedari Cik S.
OK sekarang pro dan kontra sebelum anda membuat solution, hehe lawak la Mr A ni:
1. Cik S berumur 2 tahun tua daripada Mr A dan mungkin daripada Mr B juga.
2. Mr B mempunyai bisnes sekarang, Mr A mencari pekerjaan.
3. Mr A ada degree engineer, Mr B tiada, menunjukkan jika Mr A mendapat pekerjaan adalah lebih secure berbanding bisnes Mr B.
4. Mr B sudah bercakap dengan ibu Cik S dengan bermodalkan pekerjaannya, Mr A belum bercakap dengan ibu Cik S tetapi selepas mendapat pekerjaan akan dimodalkan jua.
5. Mr A tidak berasa ini ialah pertandingan, ini cuma kata hati, dan Mr A memang amat mencintai Cik S.
6. Jika bukan kerana Cik S betah untuk menunggu ketika suatu masa dahulu, Mr A sebelumnya takut untuk serius sebab tiada apa2. Sekarang, bukan masa untuk pandang belakang.
7. While Mr A striving, jika tiada jodoh, Mr A akan sentiasa mendoakan kebahagian Cik S. Mr A prefer to die trying. Kata beliau.
8. Semua jodoh di tangan Allah.
OK, now what to do? Dekan menyuruh Mr A menelefon juga ibu Cik S dan menerangkan betapa seriusnya dia. Tapi Mr A cakap nak pakai modal apa? Aiyo. Mr A juga hampir putus asa, tetapi dekan cakap lagi boleh dicuba, jangan mengaku kalah.