Keburukan dan kebaikan Jam di KL
“Hari-hari jem. Nak g keje jem, nak balik keje jam, time tengah hari pun jem. Hai, apa nak jadila KL ni..” Hehe.. Itu antara keluhan utama seorang yang datang dari luar yang mahu membiasakan diri di KL ini.
Antara yang menarik tentang jam atau kesesakan lalu lintas ini ialah seperti berikut:
Keburukan:
1. Jam di KL dan Selangor ialah jam yang lebih teruk daripada jam di tempat-tempat lain sama ada Ipoh, Perlis , mahupun JB (certified by me).
2. Jam di KL dan Selangor ialah konsisten dan berlaku setiap hari.
3. Ketidaksabaran anda diuji di lebuh raya + kemalangan mudah berlaku.
Kebaikan:
1. Dalam banyak-banyak keburukan yang anda nampak, ada satu perkara menarik, kereta yang memberi SIGNAL untuk MENUKAR LANE sama ada ketepi mahupun ketengah, akan diberi laluan oleh kereta berhampiran. Ia tidak berlaku di tempat lain sama ada di Ipoh, JB, dan lain-lain lagi yang masing-masing agak menjaga kepentingan diri. Amat respek akan hal ini.
Yang Menarik:
1. Saya baru berpindah ke ofis baru. Ada 2 set jalan ke sana. Satu jalan dekat ‘ke kanan‘, satu jalan jauh ‘ke kiri‘. Saya ambil ‘jalan dekat‘ untuk 5 hari sebelum ini, dan ternyata perjalanan sepatutnya 15 minit menjadi 1 jam 15 minit. Kemudian, saya ikut ‘jalan jauh’ pagi tadi, ternyata perjalanan 20 minit tersebut cuma memakan masa 25 minit sahaja. Kelakar juga memikirkannya. Baik ikut ‘jalan jauh’ macam ni. :p
2. Hari-hari ada pembinaan jalan di KL yang menyebabkan jalan di KL jam.