Selamat Hari Raya dan Duit Raya RM50
Daku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan-rakan sekalian.
Disini disertakan sekali duit raya RM50 untuk tatapan semua:

Hahaha. Maafkan daku kerana tahun ini daku tidak mempunyai peruntukan duit raya yang banyak untuk semua kerana bulan ini daku tidak mendapat gaji lagi. Harapanku semoga bulan hadapan gaji sudah boleh diterima dan bolehlah daku teruskan membajet semula segala urusan luaran dan dalaman ku nanti.
Walaupun daku tidak mempunyai uang yang banyak, namun kegembiraan anak-anak buahku tidak mungkin boleh diganti. Daku dengan berbesar hatinya memberikan mereka duit raya yang begitu.. begitu mengejutkan kaum ibu bapa mereka pada hari raya ini.
“Mak! Abang Dzul bagi Lima Puluh Ringgit!!” kata seorang anak buahku.
“Adik pun dapat RM50 ringgit sama!!” kata adik beliau.
Terkejut dengan pernyataan itu dan wang itu dilambai-lambaikan, mak saudaraku meluru ke arah anaknya sambil mengatakan, “Macam ni aku pun nak beratur,” disambut dengan gelak tawa saudara mara di dapur dan ruang tamu ketika itu.
Jeng3. Inilah duit raya tersebut:

Muahahaha. “Hantu punya Dzul! Tipah tertipu..” Tergelak daku bersama-sama anaknya dan segerombolan penonton yang berada disitu.
Itulah antara kisah-kisah menarik sepanjang 2-3 hari ini. Oh ya, dalam sampul duit itu cuma terdapat RM2 sahaja. Hehe. Ampun ya. :p
Ada kisah menarik lain? Sila hantarkan kepada saya dengan mengkomen di bahagian bawah. Lolz.
Jammed dan Punch Card Merah
Setelah diperkenalkan dengan Punch Card di tempat kerja baru, sedikit sebanyak kehidupanku berubah. Nak kata menyusahkan pun ada. Nak kata ada hikmahnya pun ada. Tiap-tiap hari daku terpaksa bangun seawal mungkin dan bertolak dari Damansara pada pukul 6.30 pagi untuk mengejar time limit pukul 8.00 pagi di Bangi. Dan sehingga kini catatan rekodku cuma 8.01 minit untuk dimerahkan setelah memecut 110km/j di Lebuhraya LDP (Lebuhraya Damansara-Puchong) dan SKVE (South Klang Valley Expressway).

Terasa jealous pun ada melihat rakan-rakan serumah ku yang diselubungi selimut tatkala daku bersiap dan bergegas keluar rumah. Huhu. Ngantuk seh jalan pagi2. Mau ajer daku tidur kalo kereta aku macam Knight Rider.
Pada hari ini sekali lagi catatanku berubah merah iaitu 8.30 pagi. Teringat pula pagi tadi pada jam 7.15 di tol LDP, terkejut daku melihat traffic jam yang tak pernah-pernah terjadi di kawasan tersebut. Mestilah daku tahu kerana selepas sahaja Tol tersebut, time to speed to 210 km/j.. muahaha.. Kehairanan dengan kebanjiran kenderaan2 yang bergerak perlahan, akhirnya pada jam 7.52 pg ia terjawab dengan kelihatan paip bocor dengan air melimpah ruah melintangi lebuhraya tersebut. (Sebelum tu dah tau dah sebab corong2 radio ada bgtau, cuma x nampak jek.)

Nasib baik sempat ku kol rakan sepejabat pada pukul 7.15 td kerna daku sudah pun membajet akan terlewat sangat kerana tanpa jam tersebut pun daku sipi-sipi lagi mahu merah. Wuhuu.. Seeloknya daku mestilah segera mendapatkan rumah sewa atau beli berdekatan tempat kerja sini.
