Selamat Hari Raya dan Duit Raya RM50
Daku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan-rakan sekalian.
Disini disertakan sekali duit raya RM50 untuk tatapan semua:

Hahaha. Maafkan daku kerana tahun ini daku tidak mempunyai peruntukan duit raya yang banyak untuk semua kerana bulan ini daku tidak mendapat gaji lagi. Harapanku semoga bulan hadapan gaji sudah boleh diterima dan bolehlah daku teruskan membajet semula segala urusan luaran dan dalaman ku nanti.
Walaupun daku tidak mempunyai uang yang banyak, namun kegembiraan anak-anak buahku tidak mungkin boleh diganti. Daku dengan berbesar hatinya memberikan mereka duit raya yang begitu.. begitu mengejutkan kaum ibu bapa mereka pada hari raya ini.
“Mak! Abang Dzul bagi Lima Puluh Ringgit!!” kata seorang anak buahku.
“Adik pun dapat RM50 ringgit sama!!” kata adik beliau.
Terkejut dengan pernyataan itu dan wang itu dilambai-lambaikan, mak saudaraku meluru ke arah anaknya sambil mengatakan, “Macam ni aku pun nak beratur,” disambut dengan gelak tawa saudara mara di dapur dan ruang tamu ketika itu.
Jeng3. Inilah duit raya tersebut:

Muahahaha. “Hantu punya Dzul! Tipah tertipu..” Tergelak daku bersama-sama anaknya dan segerombolan penonton yang berada disitu.
Itulah antara kisah-kisah menarik sepanjang 2-3 hari ini. Oh ya, dalam sampul duit itu cuma terdapat RM2 sahaja. Hehe. Ampun ya. :p
Ada kisah menarik lain? Sila hantarkan kepada saya dengan mengkomen di bahagian bawah. Lolz.