Jom Kuruskan Badan
Banyak orang cakap kalau lepas kahwin badan mesti naik. Tak kira sama aada lelaki atau perempuan. Nanamun, mengikut trend yang daku kaji, terdapat sesetengah orang yang masih tidak naik badannya. Hal ini setelah dikaji dengan mendalam ianya disebabkan mereka duduk masih berjauhan atau PJJ. Itu satu tip yang bagus. hehe. Namun begitu juga, hasil kajian daku lagi, setelah berkahwin, berat badan seseorang akan naik, dan kemudian akan turun semula hasil kawalan pemakanan dan cara hidup sihat setelah mereka insaf.
Terdapat beberapa faktor yang ku kenalpasti (anda boleh menambahnya selepas ini) yang menyebabkan berlakunya kenaikan berat badan secara mendadak;
1. Terlalu banyak makanan – isteri atau suami (opss.. haha) yang suka memasak dan makanan bukan disediakan untuk 2 orang tapi 4 atau 5 orang
2. Terlalu banyak makan – sekejap-sekejap makan. sekejap-sekejap makan. jumpa aiskrim makan. jumpa burger makan. jumpa nasik makan.
3. Kurang senaman – balik keje je isteri dah masak. tak pun isteri atau suami nak pegi jenjalan, kena teman. tak pun ada sahajalah agenda salah seorang. maka, senaman tu confirm tak sempat buat.
4. Kurang berfikir atau beraktiviti – dulu macam-macam kena fikir. kerja. kerja. planning 5 tahun. planning 1 tahun. planning itu ini. bisnes. dulu macam-macam kena buat. basuh baju. masak. tak pun start moto pegi beli makanan. pikir pulak nak makan apa. lepas tu jumpa klien. tak pun jumpa makwe untuk dating. shopping sana. tgk wyg sini.
5. Kurang aktiviti sosial – dah ada rumah sendiri, takkan nak keluar lagi. maka kurangnya aktiviti melepak di luar seperti tengok wayang, shopping, joging, lepaking kat kedai mamak, study dekat McD dan sebagainya.
Maka, jika kita boleh sebaiknya menjaga kembali kesihatan tubuh badan selepas berkahwin memang amat mengagumkan. tengok artis yang dah kahwin, semua hot je. Bertambah lak hotnya. Maka baik lelaki mahupun perempuan, masing-masing hendaklah menjaga kesihatan tubuh badan dan bagi perempuan lebih-lebih lagi, jagalah badan anda kerana ia adalah aset anda. Eh. haha. Ni membe yang cakap lah. Betul jugak tuh.
Oleh itu, saya ingin keep track dengan berat badan saya selama 6 bulan. Let’s see how it goes. Kalau bertambah atau berkurang tidak mengapa. Just nak tengok flow sahaja. hehe. Jom Kuruskan Badan. Kempen ini dilancarkan oleh rakan saya yang mempunyi page Lu Slim La Beb di Facebook yang baru sahaja membeli domain ikurus.com Hahaha. Tengok weh aku promote.
Oh ya. Nanamun daku mengagumi seorang rakan yang tidak makan atau jarang makan malam dan makan sikit tegahari walaupun beliau itu sudah kurus kering. Makan lah weh. Isk2. Kene tiup angin karang… :p kalau makan sikit, dah boleh jadi model. ;p
Sekian.
Berat pada:
4/2/2012 – 61 kg
15/2/2012 -
1/3/2012 -
15/3/2012 -
1/4/2012 -
15/4/2012 -
1/5/2012 -
15/5/2012 -
1/6/2012 -
15/6/2012 -
1/7/2012 -
15/7/2012 -
A thousand years
“Heart beats fast,
Colors and promises,
How to be brave,
How can I love when I’m afraid to fall,
But watching you stand alone,
All of my doubt suddenly goes away somehow.
One step closer..
I have died everyday waiting for you,
Darlin’ don’t be afraid,
I have loved you for a Thousand years,
I’ll love you for a Thousand more,
Time stands still,
Beauty I know she is,
I will be brave,
I will not let anything take away,
What’s standing in front of me,
Every breath, Every hour has come to this.
One step closer..
And all along I believed
I would find you
Time has brought
Your heart to me
I have loved you for a
Thousand years
I’ll love you for a
Thousand more”
P/S: In the morning before our ‘akad nikah’, I was driving alone. Yes, alone. Leading. On my count, there are not less than 11 cars behind. I was listening to this song…
All the thoughts from my life before that day suddenly came and I was crying, asking for happiness and forgiveness. That’s why I didn’t cry after that, while you’re instead. :p Love you my love.
May Allah bless us.
PS2: Bila nak masak untuk I neh? Hehe. Semoga baik-baik di sana ya. Terasa bujang lak. :p
Selamat Hari Raya Aidiladha
Semalam ayahanda ada mesej yang beliau dengan ibunda sedang Wukuf di Arafah dan bakal bergerak dalam masa satu jam ke Muzdalifah iaitu pada jam 10.00pm semalam waktu Malaysia. Kemudian beliau mesej, “Telefon ayah kejap.” Daku seperti biasa (berlagak kayer ;p) menelefon ayahanda di Mekah, dan beliau kemudian meminta senarai doa untuk dipohon. Apa lagi, habislah tunggang langgang kami adik beradik mengarang doa yang last minit untuk didoakan di sana. InsyaAllah semoga ia dimakbulkan.
Jadi kesimpulannya di sini kami beraya haji bertiga di rumah di Ipoh pada tahun ini. Semalam kami pergi ke Tesco untuk membeli ayam dan pagi tadi Nona masak ayam rendang dan pulut. Wah pakar. Entah ape yang dimohondoakan oleh beliau semalam. “Mendapat sumai yang hensem?” Adik lelaki ku meneka sebelum ketawa berdua denganku.
Namun, petang karang kami plan untuk balik kampung. Hahaha. Setelah pagi tadi daku berpenat lelah menumbangkan seekor lembu bernombor 6 bersama orang-orang surau beserta turut menanggalkan kulitnya, daku berehat mengupdate blog. Kejap lagi nak ambil bahagian kami di surau dan kemudian pulang ke kampung.
Daku berharap esok dapat balik awal memandangkan jem yang tidah sanggup ditempuh oleh keretaku yang kerosakan aircond. Semoga Mak Dah dan Opah yang turut mahu menumpangku segera bersiap dikampung kerana planku pulang ialah awal pagi sebelum pukul 10. Namun, daku memikirkan itu sesuatu yang mustahil. Unless mereka benar-benar ingin merasakan jam dan sauna, maka ia tidak boleh dielakkan.
Sepanjang esok dan minggu seterusnya, daku bakal didatangkan dengan surirumah merangkap pekerja baru yang akan melakukan pengemasan dan kerja-kerja runner. Hal ini adalah kerana beliau bakal menumpangku di rumah di Selangor. Maka, terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih atas jasa anda, adik lelakiku. ;P
