I love you
Note: And I love you for a thousands more..
Testing.
Vietnam Hari 2 – Touring Around HCMC
Hari 2
Kami bangun seawal jam 5 pagi Vietnam. Ia adalah bersamaan 6 pagi Malaysia. Solat subuh. Baiklah. Anda missed sesuatu jika anda baca sekali sahaja pernyataan sebelum ini. 5 am waktu tempatanVietnam adalah bersamaan 6 am waktu tempatan Malaysia. Vietnam terletak di sebelah timur semenanjung Malaysia dari segi logitudnya. Maka, sepatutnya waktu Vietnam sekarang lebih daripada pukul 6 pagi Malaysia kerana ia cerah dahulu. Boleh dikatakan sekarang teramat cerah diluar seperti pukul 8 am. Itu yang saya katakan pelik dalam post sebelum ini.
Seharian ini kami plan untuk menjelajah tempat-tempat menarik di HCMC dengan berpandukan Tourist Guide yang tidak berbayar iaitu diri saya sendiri. Haha. Maka, pukul 7.30 am kami turut bersarapan di Hotel tersebut. Alhamdulillah, terdapat hidangan buah-buahan dan juga cereal selain daripada makanan sedap tetapi meragukan buat kami. Alhamdulillah, boleh juga untuk mengalas perut.
Destinasi pertama ialah yang terdekat iaitu Notredame Cathederal.
Notredame Cathederal terletak di sebelah Paris Square (Cong Xa Pari) telah dibina antara tahun 1877-1880 ini dipercayai terletak di atas tapak Pagoda zaman dahulu. Pada tahun 2006, statue yang terletak di Notredame Cathederal diletakkan dibawah pengawasan kerana dipercayai mengalirkan air mata.
Destinasi kedua – General Post Office
General Post Office ini telah dibina pada 1880-an menggunakan senibina Perancis dan Khmer. Di dalam pejabat pos besar ini terdapat ruang yang sangat luas dengan dinding yang tinggi. Terdapat beberapa album setem Vietnam yang lama yang dijual dengan harga dalam lingkungan MYR20 – MYR30. Terdapat juga pelbagai bentuk handicraft , keychain, dan poskad yang boleh dijadikan souvenir dijual di dalamnya. Terdapat juga bank untuk tukaran wang yang mana tukarannya agak mahal berbanding di pasaraya Ben Than atau di tempat kami menginap iaitu District 1 berdekatan masjid. Pada dinding di sebelah dalamnya terdapat peta lama Cochin China yang masih terselamat dn di tengah hujung pejabat pos itu terpapar gambar potrait seseorang iaitu seorang yang dikenali sebagai Ho Chi Minh.
Destinasi 3 – Reunification Palace
Dahulu dikenali dengan nama Presidential Palace, Reunification Palace ialah sebuah istana pada zaman dahulu yang merupakan simbol kebangkitan Vietnam atas kejatuhan kerajaan Vietnam Selatan oleh Vietnam Utara. Maka di dalam Palace terdapat terdapat tinggalan rung dan peralatan yang digunakan sejak 1975 dahulu. Pengunjung boleh mengunjungi 4 tingkat bangunan tersebut termasuk tingkat teratas iaitu tingkat rooftop juga termasuk basement. Di luar bangunan tersebut terdapat 2 kereta kebal sebagai simbol tentera Vietnam Utara yang menerjah masuk ke pagar Istana Vietnam Selatan pada 1975. Kapal terbang yang juga terdapat di luar bangunan istana pula ialah sebagai simbol serangan ke atas President Diem yang dipercayai diterjah oleh dua orang juruterbang terhandal daripada Vietnam Selatan.
Destinasi 4 – Ben Than Market (sekejap sahaja singgah)
Waktu menunjukkan pukul 12.30 pm, maka kami sudah lapar. Berada berdekatan area Ben Than, kami kekurangan guide untuk makanan halal. Alang-alang sudah sampai ke Ben Than, kami shopping 10 minit dahulu meninjau keadaan sebelum pulang ke kawasan hotel yang berdekatan dengan restoran halal yang dijumpai malam tadi.
Destinasi 5 – Restoran Makanan Melayu (Empat Musim)
Destinasi 5 – War Remnant Museum
Jom Kuruskan Badan
Banyak orang cakap kalau lepas kahwin badan mesti naik. Tak kira sama aada lelaki atau perempuan. Nanamun, mengikut trend yang daku kaji, terdapat sesetengah orang yang masih tidak naik badannya. Hal ini setelah dikaji dengan mendalam ianya disebabkan mereka duduk masih berjauhan atau PJJ. Itu satu tip yang bagus. hehe. Namun begitu juga, hasil kajian daku lagi, setelah berkahwin, berat badan seseorang akan naik, dan kemudian akan turun semula hasil kawalan pemakanan dan cara hidup sihat setelah mereka insaf.
Terdapat beberapa faktor yang ku kenalpasti (anda boleh menambahnya selepas ini) yang menyebabkan berlakunya kenaikan berat badan secara mendadak;
1. Terlalu banyak makanan – isteri atau suami (opss.. haha) yang suka memasak dan makanan bukan disediakan untuk 2 orang tapi 4 atau 5 orang
2. Terlalu banyak makan – sekejap-sekejap makan. sekejap-sekejap makan. jumpa aiskrim makan. jumpa burger makan. jumpa nasik makan.
3. Kurang senaman – balik keje je isteri dah masak. tak pun isteri atau suami nak pegi jenjalan, kena teman. tak pun ada sahajalah agenda salah seorang. maka, senaman tu confirm tak sempat buat.
4. Kurang berfikir atau beraktiviti – dulu macam-macam kena fikir. kerja. kerja. planning 5 tahun. planning 1 tahun. planning itu ini. bisnes. dulu macam-macam kena buat. basuh baju. masak. tak pun start moto pegi beli makanan. pikir pulak nak makan apa. lepas tu jumpa klien. tak pun jumpa makwe untuk dating. shopping sana. tgk wyg sini.
5. Kurang aktiviti sosial – dah ada rumah sendiri, takkan nak keluar lagi. maka kurangnya aktiviti melepak di luar seperti tengok wayang, shopping, joging, lepaking kat kedai mamak, study dekat McD dan sebagainya.
Maka, jika kita boleh sebaiknya menjaga kembali kesihatan tubuh badan selepas berkahwin memang amat mengagumkan. tengok artis yang dah kahwin, semua hot je. Bertambah lak hotnya. Maka baik lelaki mahupun perempuan, masing-masing hendaklah menjaga kesihatan tubuh badan dan bagi perempuan lebih-lebih lagi, jagalah badan anda kerana ia adalah aset anda. Eh. haha. Ni membe yang cakap lah. Betul jugak tuh.
Oleh itu, saya ingin keep track dengan berat badan saya selama 6 bulan. Let’s see how it goes. Kalau bertambah atau berkurang tidak mengapa. Just nak tengok flow sahaja. hehe. Jom Kuruskan Badan. Kempen ini dilancarkan oleh rakan saya yang mempunyi page Lu Slim La Beb di Facebook yang baru sahaja membeli domain ikurus.com Hahaha. Tengok weh aku promote.
Oh ya. Nanamun daku mengagumi seorang rakan yang tidak makan atau jarang makan malam dan makan sikit tegahari walaupun beliau itu sudah kurus kering. Makan lah weh. Isk2. Kene tiup angin karang… :p kalau makan sikit, dah boleh jadi model. ;p
Sekian.
Berat pada:
4/2/2012 – 61 kg
15/2/2012 -
1/3/2012 -
15/3/2012 -
1/4/2012 -
15/4/2012 -
1/5/2012 -
15/5/2012 -
1/6/2012 -
15/6/2012 -
1/7/2012 -
15/7/2012 -
A thousand years
“Heart beats fast,
Colors and promises,
How to be brave,
How can I love when I’m afraid to fall,
But watching you stand alone,
All of my doubt suddenly goes away somehow.
One step closer..
I have died everyday waiting for you,
Darlin’ don’t be afraid,
I have loved you for a Thousand years,
I’ll love you for a Thousand more,
Time stands still,
Beauty I know she is,
I will be brave,
I will not let anything take away,
What’s standing in front of me,
Every breath, Every hour has come to this.
One step closer..
And all along I believed
I would find you
Time has brought
Your heart to me
I have loved you for a
Thousand years
I’ll love you for a
Thousand more”
P/S: In the morning before our ‘akad nikah’, I was driving alone. Yes, alone. Leading. On my count, there are not less than 11 cars behind. I was listening to this song…
All the thoughts from my life before that day suddenly came and I was crying, asking for happiness and forgiveness. That’s why I didn’t cry after that, while you’re instead. :p Love you my love.
May Allah bless us.
PS2: Bila nak masak untuk I neh? Hehe. Semoga baik-baik di sana ya. Terasa bujang lak. :p
Selamat Mengerjakan Haji
Kepada kedua-dua orang tuaku,
Selamat mengerjakan haji dan semoga mendapat haji yang mabrur. InsyaAllah. Jangan lupa doakan anak-anak anda sekalian di sini.
Jangan risau, kami semua di sini selamat, sihat, bertenaga, sempoi, ensem, cute macam biasa.
Sempena hari raya haji hujung minggu ini daku ingin mengucapkan selamat hari raya haji kepada semua.
Jangan lupa solat, dengar khutbah, dan join gotong royong di surau dan kawasan perumahan anda.
Bagi kes yang lain pula, menurut turutan dalam Rukun Islam, mengerjakan haji adalah yang kelima. jadi adakah jika anda tidak mengerjakan haji, anda bukan Islam? Tidak. Ianya adalah bagi orang yang cukup syarat-syaratnya diwajibkan. Walau bagaimanapun, berikut ialah turutan Rukun Islam:
1. Mengucap dua kalimah syahadah – bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu ialah Rasul Nya
2. Solat 5 waktu sehari-semalam
*3. Berpuasa pada bulan Ramadhan / Menunaikan zakat
*4. Menunaikan zakat / Berpuasa pada bulan Ramadhan
5. Mengerjakan Haji
Akan tetapi turutan diatas terdapat beberapa pendapat tentang kedudukan sama ada Zakat dahulu baru Puasa. Hal ini kerana ia sering digandingan dengan solat seperti yang terkandung dalam beberapa dalil:
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah daripada yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana,” (at-Taubah: 71)
Daripada Abu Abdur Rahman, Abdullah bin Umar bin Al-Khattab radiallahuanhuma dia berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Islam dibangunkan di atas lima perkara; bersaksi bahawa tiada Ilah (Tuhan) yang berhak disembah selain Allah dan bahawa nabi Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, melaksanakan haji dan berpuasa Ramadhan. (Riwayat Turmuzi dan Muslim)
Sumber: http://blog.e-zakat.com.my/?p=482
Selamat beramal. Dan jangan lupa membayar zakat harta pada tahun ini yang belum ditunaikan bagi sesiapa yang bekerja itu.
Almost time
Suddenly there was a change in plan. (again..).
It is almost time..
I was thinking I wasn’t all prepared for this.
But I was wrong. I still can manage to maneuver this changing phase. As I was prepared before.
Let’s hope everything’s goes well.
Bismillahirrahmanirrahim.. Hope everyone will pray for me.
Special thanks to my dearest best friend circle, my colleagues circle who always been there for me, my closest friend circle that always have some time for lepaking, movies, dining, bowling, chatting, and others.

This is the only evidence I have. :p It wasn’t as planned, which is good for me somehow.
P/S: Still can’t reach Dominic. Where art thou? Haha.





