JoUrNaLKu.com

~Memorable Moments of My Life~

 

So, done what it takes to be a man! 2

Post ini adalah panjang, kepada sesiapa yang tidak berniat membaca, disarankan berhenti sahaja sekarang. Sekian terima kasih.

Muqaddimah
“Sebenarnya camni mak cik. Tentang Cik S ni.. saya tengok orangnya baik. Cara dia berpakaian elok, akhlak dia terjaga, jaga batas dan lain-lain lagi. Secara jujurnya saya dah tengok ramai orang. Yang baik ada, yang lawa ada, yang perangai ok, yang x ok, semua saya dah lalui. (hehe.. bocor lak rasia.. tp xpe, tula rugi sapa xnak Mr A.)

Masa Depan
“Saya sebenarnya sukalah kat Cik S ini. Kalo boleh sampai kahwin. Tentang kahwin pula mak cik, sekarang saya tengah mencari kerja, kalau dapat, mungkin dalam 2 tahun baru saya boleh kahwin dengan dia. Sebab sekarang, kalau nak kahwin tiada duit. Lgpun selepas 2 tahun ekonomi saya jangkakan lebih stabil. Saya boleh ambil anak makcik dengan elok. Semua ini terpulanglah kepada mak cik..” kata Mr A.

Kemudian mak Cik S menjawab, “Mak cik x kisah..” Walau bagaimanapun, mestilah seorang ibu ini akan merahsiakan jika ada calon di hatinya ataupun ada perkara lain yang sedang difikirkannya.

Kefahaman Terhadap Situasi
Dengan tenang Mr A menyambung, “Saya faham makcik mestilah nak melihat anak mak cik ni kahwin. Adalah menjadi satu kegembiraan ibu bapa melihat anaknya selamat dikahwinkan. Jadi, saya cuma boleh berbuat begitu 2 tahun lagi kerana lebih secure kehidupan akan datang. Jika mak cik berpendapat selain itu, saya akan terima kerana saya faham hati seorang mak. Semua keputusan dalam tangan mak cik. Mak cik boleh fikir apa yang terbaik.”

“Mak cik tak kisah.. Ikut Cik S lah.. kalo dia mau, mau la.. kalau nak paksa2 kawin ngan org2, kalau dia xmau x boleh jugak…” kata Mak Cik S. Heh, ayat ni tau..

“Eh tidak mengapa mak cik, saya cuma memberitahu supaya keadaan jelas. Kalau saya x bgtau ni, saya sendiri rasa tidak sedap hati. Saya tak paksa sebab saya pun faham keadaan yang tidak pasti akan datang.” Mr A mengakhiri perbualan tersebut.

“Jadi Mr A ni betul2 lah ya..” terdengar oleh Mr A, mak Cik S mengeluarkan kata tersebut antara keluar atau tidak. Huh. :)

Dialog Penghujung
Mr A : “Oklah mak cik, saya terpaksa balik ni. Tiket belum beli lagi. Kirim salam kat Cik S ya.”
Mak CS : “Eh kenapa xnak tunggu Cik S pulang? Tunggulah sekejap.”
Mr A : “Dia banyak kerjalah mak cik. Nanti dia balik lewat malam ini.” (Mr A berbohong sunat.. :p )
Mak CS : “Dah msg dia ka?”
Mr A : “Dah.. Oklah mak cik. Jumpa lagi. Assalamualaikum.”
Mak CS : “Waalaikummussalam. Kirim salam kat mak ya.”
Mr A : “InsyaAllah.. (Bisa diuruskan. Ibu Mr A sudah awal2 diberitahu oleh Mr A mahu ke rumah aweknya).”

Semalam Mr A menghantar juga mesej selamat malam ke Cik S kerana beliau tidak mahu melayankan sgt angin Cik S tentang msg sebelum ini. Mr A sekarang berasa lega dan sebarang perkara yang akan berlaku beliau akan redha.

Persoalan lagi? So, whats next?
Sehingga lewat malam tadi dan hari ini, Cik S masih lagi tidak memberi mesej atau menelefon Mr A. Oleh itu, Mr A mengambil keputusan untuk mendiamkan diri walaupun sudah mendapat pekerjaan nanti sehingga Cik S sendiri datang kepadanya. Beliau mahu melihat sama ada Cik S ikhlas dalam hubungan atau cuma mahu Mr A apabila beliau mendapat pekerjaan sahaja.

Yeah, Dekan sokong cara tersebut! Anyone sokong lagi? Komen? :)

So, done what it takes to be a man!

Filed under : AwEk
By admin
On June 13, 2008
At 4:47 pm
Comments : 0
 
 

Love problem.. Help me solve it, would you?

Ok, adela sorang kawan dekan ni kan die ade problem cinta sekarang. Mintak dekan tolong solvekan. Ni dekan storikan kisahnya supaya sama2 leh pikirkan cara solve. Huhu. Begini ceritanya:

Perkenalan
Mr A ni telah berkenalan dengan Cik S sudah setahun sekarang. Sewaktu Mr A praktikal dahulu detik perkenalannya telah bermula, di tempat Cik S bekerja. Cik S lulusan diploma, maka beliau sudah bekerjalah, tetapi Mr A belum lagi bekerja dan ada setahun untuk tamatkan degree waktu tu (sekarang sudah tamat).

Nada stabil
Selepas berkenalan, timbul bibit-bitbit cinta, (wah, aku pandai menyatakan ayat ini), maka Mr A ngan Cik S selalulah kuar jenjalan hujung minggu semasa praktikal itu. Cik S bukan seorang sosial sangat, jadi die kalo kuar pun ngan adik beradik, keluarga atau Mr A la (tiba-tiba wujud Mr A kan? :)). Mak ngan abang2 Cik S pun sudah Mr A jumpa dan berkenalan untuk menunjukkan keikhlasan Mr A berkawan (dan berkawen :p ).

Orang ketiga
Sebenarnya terdapat seorang rakan lama Cik S yang (tiba-tiba?) meminati Cik S. Namanya Mr B. Mr B seorang yang sudah bekerja (businessman baru kot) dan berkenalan ketika mereka belajar dahulu. Mr B mengambil langkah drastik memberitahu kesudiannya berkahwin kepada ibu Cik S. Cik S begitu terkejut mendengar berita sebegitu. Dengan spontan Cik S bercakap x bersedia. Tetapi apabila mak dia berkata umurnya sudah lanjut (Cik S berumur 2 tahun tua dari Mr A), Cik S mendiamkan diri. “Orang nak tunggu Mr A,” katanya kepada ibunya. Mr A pasrah mula-mula, yelah sedang study, kemudian tidak sangka Cik S akan kata begitu dan amat terharu mendengarnya.

Kisah berikutnya
Sedang belajar di negeri selang 3, dari Cik S, Mr A nekad berjumpa jugak Cik S hujung minggu itu dan pergilah beliau ke tempat Cik S dengan keazaman yang kuat untuk menunjukkan betapa seriusnya Mr A mengambil Cik S sebagai isteri. Ini bukan cinta pertama MR A, tapi ini mungkin cinta pertama Cik S. Teringat pula dekan satu pepatah ketika dahulu:

How lucky a man if he got the first love of a women, And how lucky a woman if she got the last love of a man. :)

Baru-baru ini
Okay, sebenarnya sudah lama MR A ingin menamatkan pengajian dan bekerja sama ada beliau terasa sudah mampat otaknya dan tanggungannya yang Mr A ingin ringankan beban terhadap ibu bapanya. (Walaupun ibu bapanya bukan orang susah, tapi disebabkan MR A ni anak sulung, beliau terasa begitu). Setelah tamat pengajian, Mr A pun mencari kerja. Mencari, interview, dan lain-lain lagi. Semua Mr A buat demi untuk diri sendiri dan untuk meyakinkan mak Cik S jika ingin bersamanya.

Problem
Tiba-tiba timbul kisah lama, Cik S disuruh consider semula tawaran daripada Mr B selain menunggu Mr A kerana dianggap MR A belum mempunyai pekerjaan. Terkesima Mr A tatkala mendengar tersebut. Baru sahaja tamat pengajian 2 minggu sudah dikatakan penganggur? Result pun belum sampai rumah apatah Graduation Day lagi. Bukannya Mr A tidak berusaha. Cuma belum rezeki..

Bercakap dengan senior maximum tempoh untuk mendapatkan pekerjaan ialah 2-6 bulan selepas grad. Yelah, lainlah kalau mahu kerja McD ke KFC sudah tentu amat boleh sahaja sekarang. Tapi nak pakailah sijil degree tuh. Penat jugalah MR A apply sana sini, dan belajar skill yang diperlukan untuk dibolehkan interview to meet the requirement.

Cik S yang mendapat desakan ibunya mendesak Mr A mencari kerja. Mr A yang agak tensen mendengar herdikan Cik S yang mengatakan beliau lembik, lembab, dan memarahi Cik S kerana beliau amat determine dan kepenatan demi untuk kebahagian Cik S juga tanpa disedari Cik S.

OK sekarang pro dan kontra sebelum anda membuat solution, hehe lawak la Mr A ni:
1. Cik S berumur 2 tahun tua daripada Mr A dan mungkin daripada Mr B juga.
2. Mr B mempunyai bisnes sekarang, Mr A mencari pekerjaan.
3. Mr A ada degree engineer, Mr B tiada, menunjukkan jika Mr A mendapat pekerjaan adalah lebih secure berbanding bisnes Mr B.
4. Mr B sudah bercakap dengan ibu Cik S dengan bermodalkan pekerjaannya, Mr A belum bercakap dengan ibu Cik S tetapi selepas mendapat pekerjaan akan dimodalkan jua.
5. Mr A tidak berasa ini ialah pertandingan, ini cuma kata hati, dan Mr A memang amat mencintai Cik S.
6. Jika bukan kerana Cik S betah untuk menunggu ketika suatu masa dahulu, Mr A sebelumnya takut untuk serius sebab tiada apa2. Sekarang, bukan masa untuk pandang belakang.
7. While Mr A striving, jika tiada jodoh, Mr A akan sentiasa mendoakan kebahagian Cik S. Mr A prefer to die trying. Kata beliau.
8. Semua jodoh di tangan Allah.


OK, now what to do? Dekan menyuruh Mr A menelefon juga ibu Cik S dan menerangkan betapa seriusnya dia. Tapi Mr A cakap nak pakai modal apa? Aiyo. Mr A juga hampir putus asa, tetapi dekan cakap lagi boleh dicuba, jangan mengaku kalah.

Filed under : AwEk
By admin
On June 10, 2008
At 1:00 pm
Comments : 7
 
 

Sangkut di UTM

Faculty of Electrical Engineering, UTM

Tesisku belum di approve oleh Supervisorku lagi. Kelihatan amat busy beliau. Daku masih sangkut di UTM. Hoho. Tolonglah daku. Bila mau habis.

Minggu ini 3 orang telefon. Menandakan 3 syarikat telefon. Panggilan untuk menemuduga ku. Tapi apakan daya. Daku minta reschedule kerana masih tersangkut di sini. Rugi. Nasib. Takdir. X mengapa.

Hujan. Hujan semakin lebat tatkala daku menulis entri ini. Hujan mempunyai banyak kenangan yang boleh diingat tatkala hujan. Ayatku agak serabut. Tapi anda semua mungkin faham. Bagus.

Oklah. Daku mahu bergegas jumpa supervisor ku kembali. Mahu minum2 dengan beliau jika berkesempatan. Jika boleh. Jika beliau kool. Hehe. Last semester. Bila mau try lagik.

Selamat maju jaya semua. Kepada adik2 yang masih menuntut. Kepada pelajar UTM. Kepada adikku di UNIMAS. Kepada adikku yang akan PMR. All the best.

InsyaAllah. :)

Filed under : LiF3
By admin
On May 13, 2008
At 3:16 pm
Comments : 3
 
 

Tentang cinta di atas motor

tentangcinta

Skrip sembang tentang cinta di atas motor Mr Teddy, owner website tentangcinta.com petang tadi.

“Ina tu ko rasa camne?” tanya Mr Teddy.

“Ina? Hm.. Boleh la..” jawabku.

“Boleh jek?” Soalnya kembali.

“Boleh la.. Bukan x boleh, bukan boleh. Boleh la..” ujarku sambil menyimpulkan senyum.

“Hahaha..” ketawa beliau, “Dia ganas dowh. Tapi dia x reti nak romantik la. Eh DeKaN ko xde makwe?”

“Uiks, ko nak korek2 aku lak ek..” teka ku daripada maksud soalan Mr Teddy tadi.

“Haha, ko nih, aku baru la nak korek2..”

“Ala sama macam die, x romantik dowh..”

“Haha. Apsal x romantik?”

“Die panggil aku ‘pak cik’ dowh. Haha. X romantik betul. Tapi ok la.”

“Lagi ape yang x romantik?”

“Die dulu ske bawak moto RXZ, ske goreng gitar (tapi Marie Digby lagi power la..), ske perli aku makan koko krunch, ske apa lagi ek.”

Well, berbicara tentang cinta sampai bila pun x abis. Haha, tapi ok gak la. Unik. Ngah. Ada gak jenis pempuan yang x romantik. Tapi cute dan otai. Macam Avril Lavigne ini.. He.. Avril Lavigne?
Adela dalam 20 minit bergosip cinta dengan Mr Teddy nih. Tak tahan gak la gelak2. Nasib baik moto tu tak tumbang. So anda pula jenis yang mana? Romantik atau tidak? :)

Filed under : AwEk
By admin
On May 9, 2008
At 2:12 am
Comments : 4
 
 

Things To Do

Assalamualaikum. Morning! :)

Hm.. Things to do today and tomorrow:
1. Basuh moto
2. Kemas bilik
3. Binding tesis
4. Hantar surat rayuan saman
5. Buat tag Cekgu Eriyza
6. Hantar email ke fsecure
7. Nmap + OllyDbg + SQL injection + JohnTheRipper
8. Follow up repair MP3 sony

Anyone who care to help me? Hehe..

Kat Johor ade ape ek? Parents nak datang weekend ni. Tapi xtau nak bawak g mana. Takkan kat shopping center je kut. Parents. Kalo awek xpe gak. Ngah. Johor Bahru.. Hm.. :p

Filed under : Things To Do
By admin
On May 8, 2008
At 11:11 am
Comments : 0
 
 

Assalamualaikum

Assalamualaikum.

Hello, world.

Life only once twice. Current determine the next. What would you do with your current life? Here’s me to share the best part of mine with you.

:)

Love it if you can share yours with me too.. ;)

Filed under : LiF3
By admin
On May 1, 2008
At 4:03 pm
Comments : 0