rss search

next page next page close

World local time yang aneh

Assalamualaikum w.b.t.,

Setakat ini, Alhamdulillah, daku telah diberi kesempatan untuk travel ke beberapa negara, termasuk beberapa lagi dalam schedule. Banyak yang telah kupelajari semasa berada diperantauan walaupun tidak lama.

Satu perkara menarik yang daku perhatikan ialah localtime negara tersebut berbanding dengan Malaysia. Antara banyak-banyak negara Asia seperti Indonesia, Singapura, Korea dan Jepun,, cuma satu negara ini masih mengelelirukan daku, iaitu Vietnam.

Semasa post ini dibuat, ayahku sedang berada di Vietnam dan akan kembali dalam masa beberapa jam sahaja lagi. Beliau meminta daku mengambilnya di Airport LCCT dalam masa 4 jam lagi.

Baiklah. Begini anehnya:

i. Pada waktu sekarang, localtime di Vietnam ialah 2.30 pm

ii. Manakala di Malaysia sekarang ialah 3.30 pm.

Bayangkan lokasi Vietnam dan Malaysia sekarang.

Sebetulnya, seperti Korea dan Jepun yang berada lebih timur dari Malaysia, mereka adalah sejam lebih awal dari Malaysia. Begitu juga dengan Vietnam yang terletak lebih timur daripada Malaysia. Ataupun seeloknya ia adalah lebih kurang sama dengan masa Malaysia, bukan perbezaan sehingga satu jam lewat.

1111_4_1

Dapat?

Kalau dapat bagus, kalau masih keliru, kita bayangkan sebegini. Antara Malaysia dengan Vietnam, siapa subuh dahulu? Mestilah Vietnam dahulu. Katakan waktu subuh Vietnam pukul 5 pagi, mestilah sebetulnya di Malaysia masih diulit mimpi, pukul 4 pagi masa tersebut. Akan tetapi, waktu sebenar localtime Malaysia ketika localtime Vietnam jam 5 pagi ialah 6 pagi.

Perhatikan peta dalam gambar di atas. Vietnam lebih ketimuran daripada Malaysia kan.

Jawapannya terdapat di bawah ini.

kl_localtime

Kuala Lumpur Localtime

vietnam_localtime

Ho Chi Minh Localtime

Data ini diambil daripada http://24timezones.com/. Perhatikan terdapat garisan berwarna putih tersebut yang melambangkan perbezaan masa. Malaysia dan Singapura telah memilih untuk berada di zone GMT + 8, manakala Vietnam (walaupun mereka lebih ketimuran) telah memilih untuk berada di zone (GMT + 7).

Oleh itu, mereka akan sentiasa awal sejam walaupun keadaan cuaca atau masa seolah-olah mereka lewat sejam. ­čÖé

Perdebatan dan perkongsian pendapat ini berlaku antara daku dengan ayahku sebentar tadi. Jangan lupa Malaysia pernah juga melaraskan masa 3 kali sebelum ini, kata ayahku. Dan kelihatan fakta menyebut, sebenarnya ia lebih daripada 3 kali:

Period in use Time offset from GMT Name of Time (unofficial)
1 January 1901 – 31 May 1905 UTC+06:46:48 British Malayan Mean Time
1 June 1905 – 31 December 1932 UTC+07:00:00 Standard Zone Time
1 January 1933 – 31 August 1941 UTC+07:20:00 Daylight Standard Time
1 September 1941 – 15 February 1942 UTC+07:30:00 Daylight Standard Time
16 February 1942 – 12 September 1945 UTC+09:00:00 Tokyo Standard Time
13 September 1945 – 31 December 1981 UTC+07:30:00 Daylight Standard Time/Malaysia Standard Time
1 January 1982 ÔÇô Present UTC+08:00:00 Malaysia Standard Time

Data diatas diperoleh daripada Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Time_in_Malaysia

Pada 31 Disember 1981, Malaysia pernah melaraskan jam localtime atau Waktu Piawai Malaysia kepada 30 minit awal iaitu kepada UTC + 8 sekarang. Waktu Piawai Malaysia sekarang adalah berdasarkan 5 jam atom SIRIM yang telah dilantik sebagai penjaga masa Malaysia pada 1 Jan 1990.


next page next page close

Panduan Ho Chi Minh City (HCMC)

Panduan ini adalah berdasarkan ringkasan panduan daripada forum Cari.com:
http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=615922
Kalau nak tahu lebih lanjut, dengan kisah dengan pengalaman, rujuk terus link di atas.

Panduan ini tidak diubah sewaktu tarikh dipost. Mungkin terdapat perubahan sudah.

TRANSPORT

1. Bus 152 dari airport dan berhenti di hadapan Ben Than Mkt
2. Taxi – Only take Vinasun or Mai Linh. Harga taxi untuk 5 yang seater dari airport to Ben Thanh lebih kurang dalam 100k – 140 VND (USD5-USD7)ACCOMMODATION
2. http://hoangphuonghotel.com
3. http://www.hoanggiahuyhotel.com
4. Hoang Tram Hotel
5. Song Anh Hotel
6. Hainam Hotel

HALAL MEALS

1. parkson, D anjung +84938184242 ÔÇô boleh order sarapan -hazel: 2. VN Halal
3. Kedai Shamsudin 445, Le Hong Phong Street, District 10. http://restaurant-shamsudin.com.vn/ Tel: 84.8.6271-7494
4. Halal@Saigon, 30, Dong Du St
5. Sulayman Rest, 40, Tran Hung Dao St
6. Bombay Rest, 66, Dong DU St
7. Pro Doner Kebab, 169, De Tham, Pham Ngu Lao Ward
8. Satay House Malaysia, 307/25, Nguyen Van Troi St, Phu Nhuan Ward
9. Zam Zam. 26, Bui Ven St
10.Masala Kitchen, 28/21, Bui Vien St
11.Mumtaz Rest, 226, Bui Vien St
12. Mohamad Aly. Delivery; tel : 01218747096, 0933799621

PLACES OF INTEREST
1. Cu Chi Tunnel – USD6 (Ava Hotel)
2. Mekong Delta Tour – USD10 (Ava Hotel)
3. Suoi Tien AmusementPark – Adult 55,000 VND, Kidsbelow 1.3m Free (Taxi Innova – 300k VND one way)
4. Water Puppet Show at Thao Dien Village
5. War Remnants Museum
6. City Hall & Nguyen hue Plaza
7. Notre Dame Cathedral (sama ker macam Paris?)
8. Reunification Palace
9. Ho Chi Minh Museum & Ho Chi Minh City Museum
10.Saigon Opera House

SHOPPING

What to Buy?
Cotton – between USD9-USD12
Baju Kurung Manik – USD 20-USD30
Jubah Manik – USD15
Telekung Vietnam – USD13
Vietnam Silk – USD6/ meter lerang kecik
Chiffon Silk – USD7/meter
Satin Silk – USD6/meter
(Harga Silk ambik kat kedai Duc Thinh Silk)
Vietnam T-Shirt – USD2
Polo T-shirt – USD5
3-zipped Vietnam Ourse – USD9 for 10pcs
Handluggage – USD8
Smocking Dress – USD5
Trung Nguyen Coffee – USD4 for 1/2 kg.

Where to Buy?
1. Ben Thanh Mkt
– DAM (no 433)
– Tuyet (berhadapan kedai DAM)
– Thuy Duoc Fashion (no kedai 480-526-528-530)
2. Binh Tay Mkt
3. Pasar Malam Benh Thanh
4. Hong Ahn5. Minh
6. Mai Saigon
7. Taka Plaza
8. An Dong Plaza
9. Saigon Square
10.Duc Thinh Silk (high end silk)

MISC

1. Boleh tempah jahit manik dengan Hazel (owner kedai makan D’Anjung)
2. Kedai Jahitan My Sang (opposite Vi Anh Butik)
3. Manicure & Pedicure – Happy Nail (Sapa tau kat mana?)
4. Glasses – Nhat Quang, 126, Le Than Ton Rd (way cheaper than in KL)


next page next page close

Vietnam Hari 2 – Touring Around HCMC

Pengalaman di Vietnam:
http://my.journalku.com/archives/vietnam-hari-1-selamat-datang-ke-vietnam.html
http://my.journalku.com/archives/vietnam-hari-2-touring-around-hcmc.html

Hari 2

Kami bangun seawal jam 5 pagi Vietnam. Ia adalah bersamaan 6 pagi Malaysia. Solat subuh. Baiklah. Anda missed sesuatu jika anda baca sekali sahaja pernyataan sebelum ini. 5 am waktu tempatanVietnam adalah bersamaan 6 am waktu tempatan Malaysia.  Vietnam terletak di sebelah timur semenanjung Malaysia dari segi logitudnya. Maka, sepatutnya waktu Vietnam sekarang lebih daripada pukul 6 pagi Malaysia kerana ia cerah dahulu.  Boleh dikatakan sekarang teramat cerah diluar seperti pukul 8 am. Itu yang saya katakan pelik dalam post sebelum ini.

Seharian ini kami plan untuk menjelajah tempat-tempat menarik di HCMC dengan berpandukan Tourist Guide yang tidak berbayar iaitu diri saya sendiri. Haha. Maka, pukul 7.30 am kami turut bersarapan di Hotel tersebut. Alhamdulillah, terdapat hidangan buah-buahan dan juga cereal selain daripada makanan sedap tetapi meragukan buat kami. Alhamdulillah, boleh juga untuk mengalas perut.

Destinasi pertama ialah yang terdekat iaitu Notredame Cathederal.

Notredame Cathederal terletak di sebelah Paris Square (Cong Xa Pari) telah dibina antara tahun 1877-1880 ini dipercayai terletak di atas tapak Pagoda zaman dahulu. Pada tahun 2006, statue yang terletak di Notredame Cathederal diletakkan dibawah pengawasan kerana dipercayai mengalirkan air mata.

Destinasi kedua – General Post Office

General Post Office ini telah dibina pada 1880-an menggunakan senibina Perancis dan Khmer. Di dalam pejabat pos besar ini terdapat ruang yang sangat luas dengan dinding yang tinggi. Terdapat beberapa album setem Vietnam yang lama yang dijual dengan harga dalam lingkungan MYR20 – MYR30. Terdapat juga pelbagai bentuk handicraft , keychain, dan poskad yang boleh dijadikan souvenir dijual di dalamnya. Terdapat juga bank untuk tukaran wang yang mana tukarannya agak mahal berbanding di pasaraya Ben Than atau di tempat kami menginap iaitu District 1 berdekatan masjid.

Pada dinding di sebelah dalamnya terdapat peta lama Cochin China yang masih terselamat dn di tengah hujung pejabat pos itu terpapar gambar potrait seseorang iaitu seorang yang dikenali sebagai Ho Chi Minh.

Destinasi 3 – Reunification Palace

Dahulu dikenali dengan nama Presidential Palace, Reunification Palace ialah sebuah istana pada zaman dahulu yang merupakan simbol kebangkitan Vietnam atas kejatuhan kerajaan Vietnam Selatan oleh Vietnam Utara. Maka di dalam Palace terdapat terdapat tinggalan rung dan peralatan yang digunakan sejak 1975 dahulu. Pengunjung boleh mengunjungi 4 tingkat bangunan tersebut termasuk tingkat teratas iaitu tingkat rooftop juga termasuk basement. Di luar bangunan tersebut terdapat 2 kereta kebal sebagai simbol tentera Vietnam Utara yang menerjah masuk ke pagar Istana Vietnam Selatan pada 1975. Kapal terbang yang juga terdapat di luar bangunan istana pula ialah sebagai simbol serangan ke atas President Diem yang dipercayai diterjah oleh dua orang juruterbang terhandal daripada Vietnam Selatan.

Destinasi 4 – Ben Than Market (sekejap sahaja singgah)

Waktu menunjukkan pukul 12.30 pm, maka kami sudah lapar. Berada berdekatan area Ben Than, kami kekurangan guide untuk makanan halal. Alang-alang sudah sampai ke Ben Than, kami shopping 10 minit dahulu meninjau keadaan sebelum pulang ke kawasan hotel yang berdekatan dengan restoran halal yang dijumpai malam tadi iaitu Restoran Makanan Melayu (4 Musim). At least Fairuz sempat survey harga t-shirt disini dengan 50,000 Dong sehelai (this is standard, you can bargain for less if you are smart. Unfortunately you get cheated, if you buy this more than stated).  You need to play around currency exchange as well. I will teach you in other post.

Shortnote: Untuk Senarai Restoran Halal, yang ini mungkin boleh diguna pakai. Please be advised, list berikut adalah untuk rujukan. Jika anda ragu-ragu dengan keadaan kedai dan sebagainya, lebih baik jangan. Elak Syubhah. ­čśë

Destinasi 5 – Restoran Makanan Melayu (Empat Musim)

Restoran ini menyajikan makanan yang agak kemelayuan. Orang “Champa” (darling, would you help me correct this one) yang sememangnya tahu sedikit sebanyak bahasa Melayu adalah empunya restoran. Maka, dengan keadaan restoran yang agak ekslusif, makanan di sini pun boleh dikatakan agak mahal. Memang mahal mengalah harga di Malaysia. Kebanyakan restoran yang berupa mewah di sini seperti Halal Saigon, Bombay, restoran ini dan lain-lain lagi memang mempunyai harga seakan-akan di bawah:


Destinasi 5 – War Remnant Museum

Kemudian, kami berehat dan solat di hotel. Oh ya, waktu solat ialah dalam pukul 12 tengahari. Dalam pukul 2 petang, kami bergerak dengan teksi Vinasun ke War Remnant Museum. Terdapat tambang masuk yang dikenakan tetapi Daku tidak ingat berapa. Tidak mahal la.

Museum ini ialah muzium yang memaparkan perang antara Vietnam dan United States suatu ketika dahulu. Di luar muzium dipaparkan replika-replika kenderaan perang seperti kereta kebal, jet pejuang, meriam dan lain-lain lagi. Muzium ini mempunyai 4 tingkat, dan ground floor adalah permulaan kepada sentimen2 membenci Amerika dan menegakkan hal mereka untuk komunis. (Perlu diingatkan, jangan disebut perkataan “komunis” kuat-kuat disini).

Tingkat-tingkat lain memaparkan gambar-gambar perang dan kekejaman Amerika terhadap Vietnam. Daripada pembunuhan sorang-sorang sehingga masacre sehingga kepada penggunaan bahan kimia iaitu Gas Oren yang mengakibatkan kematian dan kecacatan fizikal. Teringat pula daku, terdapat satu group mat salleh yang terdiri daripada lelaki dan wanita yang hadir, mengalirkan air mata melihat muzium ini. Tisu sepatutnya dijual. ;P

 


 


next page next page close

Vietnam Hari 1 – Selamat Datang ke Vietnam

Pengalaman di Vietnam:
http://my.journalku.com/archives/vietnam-hari-1-selamat-datang-ke-vietnam.html
http://my.journalku.com/archives/vietnam-hari-2-touring-around-hcmc.html

Kisah ini adalah berdasarkan pengalamanku bersama isteri, dan bffs ke Ho Chi Minh, Vietnam dua minggu selepas majlis perkahwinanku. Semoga coretan daripada cebisan memori manis ini akan sedikit sebanyak memberi panduan kepada sesiapa yang akan ke sana. ­čśë

Sebelum Hari Pertama:

Sejak dari tahun lepas lagi pembelian tiket dan perancangan dilakukan sedikit demi sedikit. Terima kasih kepada AirAsia dan jiwaku yang teringin ke negara atas daripada negara bawah dalam penetapan destinasi tersebut. Terima kasih juga kepada bff, Cik Suliza yang memberikan link panduan ke Ho Chi Minh City (HCMC) daripada perbicangan forum di sini:┬áhttp://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=615922┬á. Ia sememangnya membantu ‘what to expect’ di sana nanti.

Sebulan sebelum ke sana, yakni pada awal taun 2012, beberapa perkara rancak disediakan dan dilaksanakan. Ditambah pula dengan majlis perkahwinan ku juga penghujung Jan 2012, taraf terujanya membuat segala itu ibarat Uranium 235 yang terbebas tanpa Boron ditengahnya. Passport, Kebenaran ke luar negara, Penginapan, Tourist Guide (saye la tu), dan beberapa perkara lain telah disediakan dengan jayanya. Alhamdulillah berbekalkan pengalaman di negara orang sebelum ini.

Hari 1 

Pada 9 Feb 2012, kami berempat bertolak daripada Putrajaya ke LCCT pada pukul 2.30 petang. Kami menaiki Van teksi yang telah ditempah pagi itu dan ia memakan Ringgit Malaysia Rm120. Apa boleh buat, baggage semua orang bawak satu, teksi kecil tak cukup. Hehe.

Sesampainya di sana, kami berehat sebentar sementara menunggu check pukul 4.30 petang dan kemudiannya menaiki pesawat Air Asia AK884/881 ke HCMC pada jam 6.50 petang. Itu menandakan sejarah tercipta buat kedua-dua BFFs ku ke luar negara.

Perjalanan yang mengambil masa 1 jam 50 minit itu tamat setelah pesawat selamat mendarat di Lapangan Terbang Tan Som Naht, Ho Chi Minh. Masa tempatan: 19:40. Hm.. Agak pelik juga buatku kerana tadi bertolak pada jam 6.50 petang, kemudian sampai sini sepatunya tidak sampai 40 minit.  Tapi sekarang baru 7.40 pm? Hm.. Mungkin ada yang mengatakan ia perbezaan masa kerana berlainan latitud. Mungkin juga. Tapi, sebetulnya saya sudah biasa dengan perbezaan tersebut, kerana jangkaan saya sepatutnya dalam 2 jam lebih sudah berlalu kerana kita bergerak ke arah Timur, bukan ke arah Barat yang boleh menjimatkan masa. Saya akan terangkan kemudian.

Sesampai sahaja di Airport, setelah melakukan pemeriksaan imigresen, kami terus mendapatkan teksi. Teksi tersebut (yang berbentuk Van teksi yang kami naiki ke LCCT) ialah daripada syarikat Vinasun yang seterusnya menjadi pilihan kami di HCMC ini. Perjalanan daripada Airport ke Hotel Hai Long 5 mengambil masa hampir 30 minit dan cuma memakan Ringgit Malaysia RM20 sahaja. Agak terperanjat mendengarnya.

Sepanjang perjalanan ke hotel dapat kami saksikan kehidupan di sini yang jauh meleset seperti yang kami jangkakan. Tiada nampak orang yang tidur di tepi jalan, dan tiada rumah yang macam kampung atau pengemis-pengemis yang banyak. It is not that bad here. Kebanyakan jalan-jalan disini dipenuhi dengan motosikal. Terlalu banyak sampai hendak melintas pun takut. Kalau kat Malaysia jam dengan kereta, kat sini boleh dikatakan jam dengan motor. Mungkin di sini saya tafsirkan motor lebih mudah dan affordable diperoleh berbanding kereta. Dalam nisbah 20-25 biji motor: 1 biji kereta di jalanan. Dan kereta tersebut kebanyakannya teksi, bukan kereta persendirian.

Sesampai sahaja di hotel, kami diberi 2 bilik yang bersebelahan. Dan satu bilik itu agak besar. Memang agak melebihi nilai RM100 satu malam untuk hotel di Malaysia. Harga bilik tersebut dalam lingkungan RM400 untuk dua malam, dua bilik. Dengan masing-masing yang agak lapar, kami pun tanpa berlengah lagi terus membuka bekalan maggie dan roti dan apa-apa yang telah dibawa daripada Malaysia. Alhamdulillah. Sementara nak navigate area di mana ada restoran Halal, maka itulah hidangan kami.

Seterusnya malam itu, Puan Fazira berehat di bilik dan kami bertiga cuma walking down the street di area berdekatan dengan hotel. Terdapat satu kedai grocery 24 jam buka dan rupanya hotel tersebut berdekatan dengan tempat makanan halal. Cuma kurang 5 minit dengan berjalan kaki. Kami kemudian berjalan kaki ke area riverside di Saigon River. “Massage sir, massage!” Panggil seorang awek Vietnam yang kukira agak cute dengan baju menutupi seluruh badannya. Kami cuma mengangkat tangan tanda, “It is ok.” Fairuz pun agak terkejut dengan panggilan tersebut dan terus terngiang-ngiang sepanjang pulang ke bilik. Hahaha.

End of Day 1.


World local time yang aneh

Assalamualaikum w.b.t., Setakat ini, Alhamdulillah, daku telah diberi kesempatan untuk...
article post

Panduan Ho Chi Minh City (HCMC)

Panduan ini adalah berdasarkan ringkasan panduan daripada forum...
article post

Vietnam Hari 2 – Touring Around HCMC

Pengalaman di...
article post

Vietnam Hari 1 – Selamat Datang ke Vietnam

Pengalaman di...
article post