rss search

Hacked for good

line

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada para pembaca sekalian sempena Hari Raya Qurban pada tahun ini. Semoga kemeriahan dan kejiwaan itu masih terasa walaupun sudah berpuluh kali anda meraikannya.

Beberapa hari ini saya ada menerima beberapa email yang mencurigakan, dan pagi ini terjawab sudah penantianku, iaitu laman web mywindowsxp.info sudah pun digodam (for good, thanks Ted.)

IMG_3089.PNG

Adapun kelihatan seperti digodam daripada aplikasi wordpress (disebabkan sudah lama tidak menampal lubang-lubang kelemahan (baca: vulnerability)), namun adalah lebih baik jika dianggap server tersebut sudah pun dikompromise.

Clean up akan dilaksanakan beberapa hari akan datang kerana kelihatan Windows XP sendiri tidak lagi diselenggara Micro$oft sejak 1 April 2014 yang lalu. Jadi, tidak salah kalau daku mengambil beberapa hari ini melakukan kerja “offline” menolong melapah lembu, berziarahan saudara mara dan sebagainya sepanjang cuti ini.

Terima kasih juga kepada para pembaca kerana masih setia dan juga terima kasih kepada (mungkin) seorang pembaca yang menggodam laman web itu tanpa merosakkan apa yang ada. Alhamdulillah kelihatan beliau amat menghargai tulisan daku yang tidak seberapa itu demi memajukan Malaysia.

Oleh itu daku nasihatkan lakukan tampalan sekuriti sesegera yang mungkin untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku. Pesanan untuk diri sendiri juga.

Sekian, maaf zahir dan batin. 😉


1 comment

line
  1. Tex

    welcome ahhahah

    line

Trackbacks/Pingbacks

  1. Malaysian Computer Technical Blog: Cara Reset Password WordPress Self-Hosted - […] Baru-baru ini penggodaman telah berlaku pada laman web ini, makanya Dekan yang sedang menyibukkan diri dengan beberapa event kehidupan…

Leave a Reply