rss search

Jom Kuruskan Badan

line

Banyak orang cakap kalau lepas kahwin badan mesti naik. Tak kira sama aada lelaki atau perempuan. Nanamun, mengikut trend yang daku kaji, terdapat sesetengah orang yang masih tidak naik badannya. Hal ini setelah dikaji dengan mendalam ianya disebabkan mereka duduk masih berjauhan atau PJJ. Itu satu tip yang bagus. hehe. Namun begitu juga, hasil kajian daku lagi, setelah berkahwin, berat badan seseorang akan naik, dan kemudian akan turun semula hasil kawalan pemakanan dan cara hidup sihat setelah mereka insaf.

Terdapat beberapa faktor yang ku kenalpasti (anda boleh menambahnya selepas ini) yang menyebabkan berlakunya kenaikan berat badan secara mendadak;

1. Terlalu banyak makanan – isteri atau suami (opss.. haha) yang suka memasak dan makanan bukan disediakan untuk 2 orang tapi 4 atau 5 orang
2. Terlalu banyak makan – sekejap-sekejap makan. sekejap-sekejap makan. jumpa aiskrim makan. jumpa burger makan. jumpa nasik makan.
3. Kurang senaman – balik keje je isteri dah masak. tak pun isteri atau suami nak pegi jenjalan, kena teman. tak pun ada sahajalah agenda salah seorang. maka, senaman tu confirm tak sempat buat.
4. Kurang berfikir atau beraktiviti – dulu macam-macam kena fikir. kerja. kerja. planning 5 tahun. planning 1 tahun. planning itu ini. bisnes. dulu macam-macam kena buat. basuh baju. masak. tak pun start moto pegi beli makanan. pikir pulak nak makan apa. lepas tu jumpa klien. tak pun jumpa makwe untuk dating. shopping sana. tgk wyg sini.
5. Kurang aktiviti sosial – dah ada rumah sendiri, takkan nak keluar lagi. maka kurangnya aktiviti melepak di luar seperti tengok wayang, shopping, joging, lepaking kat kedai mamak, study dekat McD dan sebagainya.

Maka, jika kita boleh sebaiknya menjaga kembali kesihatan tubuh badan selepas berkahwin memang amat mengagumkan. tengok artis yang dah kahwin, semua hot je. Bertambah lak hotnya. Maka baik lelaki mahupun perempuan, masing-masing hendaklah menjaga kesihatan tubuh badan dan bagi perempuan lebih-lebih lagi, jagalah badan anda kerana ia adalah aset anda. Eh. haha. Ni membe yang cakap lah. Betul jugak tuh.

Oleh itu, saya ingin keep track dengan berat badan saya selama 6 bulan. Let’s see how it goes. Kalau bertambah atau berkurang tidak mengapa. Just nak tengok flow sahaja. hehe. Jom Kuruskan Badan. Kempen ini dilancarkan oleh rakan saya yang mempunyi page Lu Slim La Beb di Facebook yang baru sahaja membeli domain ikurus.com Hahaha. Tengok weh aku promote.

Oh ya. Nanamun daku mengagumi seorang rakan yang tidak makan atau jarang makan malam dan makan sikit tegahari walaupun beliau itu sudah kurus kering. Makan lah weh. Isk2. Kene tiup angin karang… :p kalau makan sikit, dah boleh jadi model. ;p

Sekian.

Berat pada:
4/2/2012 – 61 kg
15/2/2012 –
1/3/2012 –
15/3/2012 –
1/4/2012 –
15/4/2012 –
1/5/2012 –
15/5/2012 –
1/6/2012 –
15/6/2012 –
1/7/2012 –
15/7/2012 –


1 comment

line
  1. Wah~ Entri dah semakin kesuamian~ Hahaha..

    line

Leave a Reply