rss search

Love problem.. Help me solve it, would you?

line

Ok, adela sorang kawan dekan ni kan die ade problem cinta sekarang. Mintak dekan tolong solvekan. Ni dekan storikan kisahnya supaya sama2 leh pikirkan cara solve. Huhu. Begini ceritanya:

Perkenalan
Mr A ni telah berkenalan dengan Cik S sudah setahun sekarang. Sewaktu Mr A praktikal dahulu detik perkenalannya telah bermula, di tempat Cik S bekerja. Cik S lulusan diploma, maka beliau sudah bekerjalah, tetapi Mr A belum lagi bekerja dan ada setahun untuk tamatkan degree waktu tu (sekarang sudah tamat).

Nada stabil
Selepas berkenalan, timbul bibit-bitbit cinta, (wah, aku pandai menyatakan ayat ini), maka Mr A ngan Cik S selalulah kuar jenjalan hujung minggu semasa praktikal itu. Cik S bukan seorang sosial sangat, jadi die kalo kuar pun ngan adik beradik, keluarga atau Mr A la (tiba-tiba wujud Mr A kan? :)). Mak ngan abang2 Cik S pun sudah Mr A jumpa dan berkenalan untuk menunjukkan keikhlasan Mr A berkawan (dan berkawen :p ).

Orang ketiga
Sebenarnya terdapat seorang rakan lama Cik S yang (tiba-tiba?) meminati Cik S. Namanya Mr B. Mr B seorang yang sudah bekerja (businessman baru kot) dan berkenalan ketika mereka belajar dahulu. Mr B mengambil langkah drastik memberitahu kesudiannya berkahwin kepada ibu Cik S. Cik S begitu terkejut mendengar berita sebegitu. Dengan spontan Cik S bercakap x bersedia. Tetapi apabila mak dia berkata umurnya sudah lanjut (Cik S berumur 2 tahun tua dari Mr A), Cik S mendiamkan diri. “Orang nak tunggu Mr A,” katanya kepada ibunya. Mr A pasrah mula-mula, yelah sedang study, kemudian tidak sangka Cik S akan kata begitu dan amat terharu mendengarnya.

Kisah berikutnya
Sedang belajar di negeri selang 3, dari Cik S, Mr A nekad berjumpa jugak Cik S hujung minggu itu dan pergilah beliau ke tempat Cik S dengan keazaman yang kuat untuk menunjukkan betapa seriusnya Mr A mengambil Cik S sebagai isteri. Ini bukan cinta pertama MR A, tapi ini mungkin cinta pertama Cik S. Teringat pula dekan satu pepatah ketika dahulu:

How lucky a man if he got the first love of a women, And how lucky a woman if she got the last love of a man. 🙂

Baru-baru ini
Okay, sebenarnya sudah lama MR A ingin menamatkan pengajian dan bekerja sama ada beliau terasa sudah mampat otaknya dan tanggungannya yang Mr A ingin ringankan beban terhadap ibu bapanya. (Walaupun ibu bapanya bukan orang susah, tapi disebabkan MR A ni anak sulung, beliau terasa begitu). Setelah tamat pengajian, Mr A pun mencari kerja. Mencari, interview, dan lain-lain lagi. Semua Mr A buat demi untuk diri sendiri dan untuk meyakinkan mak Cik S jika ingin bersamanya.

Problem
Tiba-tiba timbul kisah lama, Cik S disuruh consider semula tawaran daripada Mr B selain menunggu Mr A kerana dianggap MR A belum mempunyai pekerjaan. Terkesima Mr A tatkala mendengar tersebut. Baru sahaja tamat pengajian 2 minggu sudah dikatakan penganggur? Result pun belum sampai rumah apatah Graduation Day lagi. Bukannya Mr A tidak berusaha. Cuma belum rezeki..

Bercakap dengan senior maximum tempoh untuk mendapatkan pekerjaan ialah 2-6 bulan selepas grad. Yelah, lainlah kalau mahu kerja McD ke KFC sudah tentu amat boleh sahaja sekarang. Tapi nak pakailah sijil degree tuh. Penat jugalah MR A apply sana sini, dan belajar skill yang diperlukan untuk dibolehkan interview to meet the requirement.

Cik S yang mendapat desakan ibunya mendesak Mr A mencari kerja. Mr A yang agak tensen mendengar herdikan Cik S yang mengatakan beliau lembik, lembab, dan memarahi Cik S kerana beliau amat determine dan kepenatan demi untuk kebahagian Cik S juga tanpa disedari Cik S.

OK sekarang pro dan kontra sebelum anda membuat solution, hehe lawak la Mr A ni:
1. Cik S berumur 2 tahun tua daripada Mr A dan mungkin daripada Mr B juga.
2. Mr B mempunyai bisnes sekarang, Mr A mencari pekerjaan.
3. Mr A ada degree engineer, Mr B tiada, menunjukkan jika Mr A mendapat pekerjaan adalah lebih secure berbanding bisnes Mr B.
4. Mr B sudah bercakap dengan ibu Cik S dengan bermodalkan pekerjaannya, Mr A belum bercakap dengan ibu Cik S tetapi selepas mendapat pekerjaan akan dimodalkan jua.
5. Mr A tidak berasa ini ialah pertandingan, ini cuma kata hati, dan Mr A memang amat mencintai Cik S.
6. Jika bukan kerana Cik S betah untuk menunggu ketika suatu masa dahulu, Mr A sebelumnya takut untuk serius sebab tiada apa2. Sekarang, bukan masa untuk pandang belakang.
7. While Mr A striving, jika tiada jodoh, Mr A akan sentiasa mendoakan kebahagian Cik S. Mr A prefer to die trying. Kata beliau.
8. Semua jodoh di tangan Allah.


OK, now what to do? Dekan menyuruh Mr A menelefon juga ibu Cik S dan menerangkan betapa seriusnya dia. Tapi Mr A cakap nak pakai modal apa? Aiyo. Mr A juga hampir putus asa, tetapi dekan cakap lagi boleh dicuba, jangan mengaku kalah.


8 comments

line
  1. alin

    o0o….

    love prob ka?????

    ni bkn psl kalah menang dlm pertandingan or putus asa ke x….

    ni psl jodoh n future…..

    klu ditgk dr segala sudut Mr A masih blom layak utk bernikah ngan sape2….

    tp utk bercinta mmg ade harapn…..heheheee

    bley x klu redha dgn ape yg kite face…???jgn terlalu mendesak utk mendapatkn sesuatu yg blom pasti…..

    lg satu jgn wat sesuatu disbbkn oleh sesuatu yg lain….sbb bile bende tu dah xde lg kite akn rase xde makne dah….

    klu alin tgk dr ctu byk bende2 yg akn berbangkit kemudian hari nnt…..sbb kawen bkn ikatan kite ngan die je..but 2 family become 1…..it’s family matter

    mmg arini die cinta mati kite tp blom tentu esk luse….ape yg jd sure ade sbb nye….tuhan tu xkejam ngan hamba die…

    igt tu…

    but gud luck…..

    mintak tuhan beri petunjuk…

    wat solat isytiqarah…
    🙂

    line
  2. dekan

    Haha.. Tq alin. Lifes goes on la ek. Just wait and see la ni. 🙂

    line
  3. ina

    alamak lemah sungguh la bila baca kisah cinta tak kesampaian nih

    buat mr a, anda telah berusaha sedaya upaya. buat cik s faham situasi anda. dan kalau boleh ‘ikat’ cik s dengan tali pertunangan dulu. kawin kan boleh kemudian.

    cik s, kamu pun mengharapkan mr a pada asalnya. jadi setialah pada keputusan itu. anggaplah mr b dugaan dalam bercinta aje.

    tapi kalau mr a tak berjaya dgn usaha mengikat tali pertunangan itu, atau cik s berkeras nak kemewahan dan kerja tetap semua sebelum kamu masuk meminang, lupakan sahaja lah cik s itu.

    petandanya
    1) dia tak memahami kamu
    2) dia berbelah bagi bila mr b masuk daun
    3) dia sepatutnya membela kamu di depan keluarga dia..

    tapi, klu cik s datang balik padamu dan mengaku tak bahagia la kena paksa kawin la bla bla bla.. sepak aje dia

    hehehe

    line
  4. DeKaN

    Wakakaka… Encik A kene baca neh.. Thanks Ina. :p Very good conclusion.

    line
  5. prebet

    aku raser la dekan, mr A ptot ykinkn cik S yg mr A ni leh dptkn keje dlm mase tdekat. n aku yakin yg mr A bleh jd winner (wlopon mr A tak anggp ptandingn) spy leh motivate mr A utk trus usaha cari keje…

    just wishing luck 2 mr A!

    line
  6. !x0r@

    Saya tak pasti apa nasihat yang boleh saya bagi sebab saya tak berada dlm situasi di atas.

    Setuju dgn Ina. Apa kata Mr A ajak cik S bertunang dulu. Lagipun cik S tu bukan tua sgt kan? saya agak dlm lingkungan 25 cmtu kot sbb Mr A pn baru je grad. Jadi, tak mungkin cik S dah desperate nk cari jodoh.

    Mungkin keluarga Cik S mendesak dia menerima Mr B sbb Mr B dah ada kerjaya tetap waktu tu sedangkan Mr A blom lg. Jadi, tentunya mereka nak yg terbaik utk anak mereka. Yelah, kalau tolak lamaran Mr B kang, ntah2 pasni Mr A tak jadi nk lamar Cik S ke.. manalah tau. Kita hanya mampu merancang kan? 🙂

    Apa-apa pn, mintalah petunjuk dr Allah. Hanya Dia yang tahu apa yg terbaik utk kita.

    p/s – maaf kalau komen sy pnjg dan tak masuk akal 😆

    line
  7. lady vee

    kalau saya jadi cik S…ayat yang saya akan cakap kat MR.A ialah

    “Hey..y u so thick skinned? Just Get Lost…”

    org da tak nak tu tak nak la..tak paham ke?

    apa apa pun hehehe jgn marah..ini cuma pendapat

    line
  8. I have looked for some information of this topic for the last several days. Your blog is greatly treasured.2

    line

Leave a Reply