rss search

Menuju Kematangan Dalam Bisnes

line

Selepas 10 tahun mengendalikan perniagaan, pada tahun 2019 ini cabarannya agak lain sedikit. Boleh dikatakan setiap tahun mempunyai cabaran tersendiri yang meningkat dari semasa ke semasa.

Apa yang paling saya suka dalam menguruskan perniagaan ini ialah problem solving method yang unik dan sentiasa berubah sepanjang masa. Ada framework base untuk problem solving, namun pendekatan adalah berbeza-beza untuk memenuhi keperluan setiap permasalahan.

Kematangan dalam bisnes

Setiap bisnes ada turun naik seperti perbicaraan kita sebelum ini. Pada tahun ini, pelbagai kisah suka dan duka turut tercoret dalam sejarah perkembangan bisnes dalam menuju kematangan. Perkara ini adalah satu keperluan dalam proses bisnes untuk mendapat lebih baik pada peringkat seterusnya yang dipanggil breakthrough. InsyaAllah pada tahun hadapan akan jadi lebih baik daripada tahun ini.

Proses

Sepanjang tahun ini, beberapa model bisnes telah dipraktiskan. Secara keseluruhannya, terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki dan sehingga kini Alhamdulillah kesemua projek berjalan dengan lancar.

Bagi bisnes Event Management and Rental, kerja-kerja operasi diselesaikan dengan ratio: 50% runner dan 50% staff. Dengan ini kos operasi untuk headcount dijimatkan selain memberi kelebihan kepada runner untuk mendapat wang tambahan. Sepanjang tahun ini, paling ramai runner saya pernah handle pada satu-satu masa ialah 19 orang berbanding 15 orang pada tahun lepas. Proses kerja adalah dengan menggunakan trello, whatsapp dan juga telefon.

Bagi bisnes projek-projek IT, kerja-kerja operasi diselesaikan melalui hiring pihak ketiga untuk kerja-kerja core untuk mempercepatkan proses dengan pemantauan rapat bagi keseluruhan projek. Semua projek menggunakan pihak ketiga mempunyai konsultant developer daripada pihak kami. Oleh itu segala keperluan klien dapat dipenuhi selain memberikan khidmat nasihat percuma bagi sistem-sistem yang lain. Lebih banyak projek dan dokumentasi dilihat pada tahun 2020 ini.

Bagi bisnes Konsultansi dan Kursus, pada hujung tahun ini satu perbincangan dengan beberapa Training Center diadakan bagi mendapatakn view cara-cara bagaimana ia dilaksanakan. InsyaAllah beberapa kursus IT akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

People

Saya juga telah mempunyai team sales tersendiri yang hebat di mana mereka akan turut sama close customer korporat bagi event-event seperti Majlis Makan Malam, Wedding, Event Places, Hotels, dan juga Taska. Saya amat berbangga dengan pencapaian mereka walaupun keadaan amat sukar dengan ketiadaan saya sepanjang masa untuk guide mereka. Semoga mereka terus berusaha untuk sama-sama mencapai kejayaan.

Walau bagaimanapun, saya merasakan agak tough dan sukar sebenarnya untuk maintain rentak dan pace bisnes jika bekerja secara separuh masa. Satu perkara yang perlu saya lihat dalam view yang akan datang. Untuk mencari dan mengambil pekerja yang betul dengan attitude yang betul (selain daripada gaji yang boleh diterima) agak sukar sebenarnya. Untuk mengelakkan daripada tersalah hiring, kami telah melaksanakan beberapa sesi interview pada tahun ini. Walau bagaimanapun, terdapat 2 calon yang telah diterima dan 2 calon ini juga menarik diri atas kekangan masing-masing pada saat-saat akhir. Namun begitu kami tidak akan berputus asa untuk mendapatkan orang yang sebetulnya untuk bekerjsa bersama kami.

Dengan adanya pekerja-pekerja cemerlang di syarikat ini, kami kerap menganjurkan sesi makan-makan, knowledge sharing, dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, target sales juga menawarkan hadiah yang lumayan di samping komisyen yang sukar ditolak.

Technology

Teknologi yang kami gunakan dalam bisnes pada ketika ini adalah teknolgi pengurusan yang biasa. Internally kami gunakan Trello untuk manage pergerakan barang dan juga assign runner.

Kami juga menggunakan framework WordPress untuk kesemua website kami supaya senang untuk manage. Walaupun agak berat berbanding cleancode website, namun wordpress memudahkan untuk maintenance, SSL, selain pemilihan antaramuka dapat dilaksanakan dengan mudah. WordPress juga memberikan fleksibility dan sekuriti selain memudahkan untuk SEO bagi beberapa enjin carian.

Selain daripada itu, Sentrifugo digunakan untuk menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan sumber manusia. Cuti, pekerja profile, Sijil-sijil berkaitan, dan juga inventori digunapakai di sini.

Bagi hiring, kami menggunakan agen daripada ajobthing.com iaitu Maukerja.my, Ricebowl.my, dan Internsheep.my. Selain itu, bagi kurier kami pernah menggunakan GoGet, dan sekarang BungkusIT selain servis runner dalaman.

Kami juga menggunakan tools yang spesifik untuk kerja-kerja pembangunan IT dan network dan juga ujian-ujian dalam proses pembangunan sistem tersebut.

Sekian sahaja sharing daripada saya untuk penutup tahun ini. Semoga semuanya berjalan lancar insyaAllah.

Semoga dipermudahkanNya segala urusan pada tahun hadapan untuk saya, kami dan para pembaca sekalian. Aminnnn…



Leave a Reply