rss search

Pengalaman di Bandung, Indonesia – Hari Kedua

line

Siri Pengalaman Bandung-Jakarta:
http://my.journalku.com/archives/travelog-pengalaman-di-jakarta-indonesia-hari-pertama.html
http://my.journalku.com/archives/pengalaman-di-bandung-indonesia-hari-kedua.html
http://my.journalku.com/archives/pengalaman-di-bandung-indonesia-hari-ketiga.html
http://my.journalku.com/archives/pengalaman-di-bandung-indonesia-hari-keempat.html

Pagi ini kami bangun agak awal. Fazira lagila smart. Siap sembahyang subuh 2 kali lagi. First pukul 5 pagi Malaysia, sekali lagi pukul 5 pagi Indonesia. Haha. Susah betul dia nak adjust masa. :p

Hari ini punya objektif ialah ke Bandung dan bergabung dengan counterpart sana. Eh. Haha. Pegi jumpa si ex-housemate Fazira. Wakaka. Tak boleh belah. Siut je. Ala2 friends never die. Ingatkan kami pergi berdua je. Rupanya sebelum pergi semalam baru tahu yang si budak ni pun pergi Jakarta-Bandung sama. Haha. Dia pun tak bagi tahu orang lain. Syok betul die dengar kami pun ade sama. Baiklah, namanya dirahsiakan. Wakakaka. Habisla kau.

Dari hotel kami, Best Western Mangga Dua yang teramat best dan murah yang dibook melalui internet itu, kami menaiki shuttle free yang diprovide hotel ke Mangga Dua Square. Dari Mangga Dua Square, kami menaiki trifle (sebenarnya ‘Travel’ tetapi disebut Trifle oleh masyarakat setempat) yang berjenis Cipaganti untuk ke Bandung. Harganya cuma IDR 70,000 seorang. Murahnye. Murah daripada tambang teksi Airport ke Hotel!. Yang menariknya cuma kami berdua sahaja dalam Cipaganti Toyota macam van itu. Memang besar dan luas.

Perjalanan ke Bandung mengambil masa 2 jam setengah. Tertidur-tidur kami dalam van itu sambil menikmati pemandangan di Indonesia.  Macetnya boleh tahan. Macet itu jem aka jalan sesak. Haha. Macet oh macet. Selain itu dapat menikmati pemandangan rumah-rumah ala setinggan di bawah pencawang-pencawang elektrik dan juga alam pergunungan dan lebuhraya yang aman damai.

Cipaganti ini berhenti rehat diperhentian highway ala-ala RnR itu selama 5-10 minit  sebelum meneruskan perjalanan. Sesampai di Bandung, kami berhenti di tempat Cipaganti punya perhentian teksi. Sebetulnya kami berhenti di depan sedikit di Giant. Tetapi lebih mudah kami terus mengambil teksi. Cipaganti berjenis teksi ini menggunakan meter, jadi kami tak kisahlah kat mana. Cuma jalan di Bandung ini MACET. Bawa teksi meter pun turun banyak. Tapi camtula. Berbanding teksi sapu, teksi meter ini lebih murah. Ada jenis BlueBird, Cipaganti, Gemah Apetah. Kira yang ni pakai meter la.

Dari sana kami terus ke Pasar Baru. Ya, tempat shopping kegemaran wanita. Yup. Wanita sahaja. Lelaki cuma yang tough dan bermotivasi tinggi sahaja dibenarkan masuk. Kerana lelaki cuma bertujuan menemani wanita tersebut, mengangkat barang, dan menunggu dengan penuh sabar. Di sana, kami telah ketemu si Z (ex-housemate Fazira) tadi di tempat makan. Memang heaven la shopping untuk wanita. Harga dari tempat tersebut ke sana ialah IDR 25,000 sahaja. Walau bagaimanapun sesuatu telah berlaku kepadaku. Handset daku telah tertinggal di Cipaganti Teksi tadi. Nanti akan ku ceritakan kisahnya nanti.

Selepas makan bersama dengan I dan rakan Indonesianya (Kakak Kenti), kami pergi solat di tingkat atas. Maksudnya ada tempat solat lah di bangunan tersebut untuk cater keperluan wanita untuk shopping seharian di sini. Hoho. Disebabkan hotel yang kami tempah adalah jauh daripada tempat shopping, kami decide untuk letak barang di bilik Z dahulu, dan teruskan perjalanan. Hotel Z terletak berdekatan dengan tempat shopping menjadikan ia strategik dan menjadikan ia tempat untuk kami tidur keesokan harinya.

Setelah letak barang di hotel Z, lepas solat Maghrib kami terus ke tempat yang dikenali sebagai Van der Paris. Tempat ini ala-ala Pavilion la di KL. Cuma disini ada la nampak diskaun atau Obral (Sale) di sini menjadikan ia seakan-akan The Curve atau OU. Tapi tempat ini kami tak favour la sangat sebab banyak terdapat di Malaysia. Cukup sekadar membandingkan harga di sini.

Kemudian kami makan di gerai luar. Makan Soto. Selepas itu kami bergerak pulang ke hotel si Z, seterusnya ke hotel kami iaitu Hotel Lingga yang terletak di selatan Bandung. Hotel Lingga ini seakan-akan berkonsep Islamik, dengan harga IDR440,000 atau dalam MYR155.00 semalam. Namun bilik di hotel ini tidaklah sehebat hotel di Jakarta walaupun harganya seakan-akan sama. Kami pun mandi dan berehat untuk persediaan shopping hari esok.


6 comments

line
  1. mama mia

    pembetulan dong…
    paris van java..
    lagi satu bukan soto dong…tapi bakso

    line
  2. mama mia

    miahahaha..
    solat 2 kali tu dah terlebih alim la dear..keh2
    masa tu boleh pulak gelakkan org…tak patut betoi.

    line
    • admin

      Haha. Ok2. Bagus2. Alhamdulillah… Isteri solehah gitu. Laki tido je. :p

      line
  3. Amsyahril

    Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    line
  4. Definitely consider that which you stated. Your favorite justification seemed to
    be on the web the easiest thing to be aware of. I say to you, I definitely get annoyed whilst other folks think about worries
    that they plainly don’t realize about. You controlled to hit the
    nail upon the highest and defined out the entire thing with no need side-effects , other
    folks could take a signal. Will likely be back to get more.
    Thanks

    line

Trackbacks/Pingbacks

  1. Travelog – Pengalaman di Jakarta, Indonesia. Hari Pertama. | JoUrNaLKu.com - [...] http://my.journalku.com/archives/travelog-pengalaman-di-jakarta-indonesia-hari-pertama.html http://my.journalku.com/archives/pengalaman-di-bandung-indonesia-hari-kedua.html http://my.journalku.com/archives/pengalaman-di-bandung-indonesia-hari-ketiga.html [...]
  2. Pengalaman di Bandung, Indonesia – Hari Keempat | JoUrNaLKu.com - [...] http://my.journalku.com/archives/travelog-pengalaman-di-jakarta-indonesia-hari-pertama.html http://my.journalku.com/archives/pengalaman-di-bandung-indonesia-hari-kedua.html http://my.journalku.com/archives/pengalaman-di-bandung-indonesia-hari-ketiga.html [...]

Leave a Reply