rss search

Pengalaman di Bandung, Indonesia – Hari Keempat

line

Siri Pengalaman Bandung-Jakarta:
http://my.journalku.com/archives/travelog-pengalaman-di-jakarta-indonesia-hari-pertama.html
http://my.journalku.com/archives/pengalaman-di-bandung-indonesia-hari-kedua.html
http://my.journalku.com/archives/pengalaman-di-bandung-indonesia-hari-ketiga.html
http://my.journalku.com/archives/pengalaman-di-bandung-indonesia-hari-keempat.html

Hari Keempat

Pagi ini daku bangun agak awal. Semestinya untuk solat Subuh. Alhamdulillah. Anak sape la ni. Kemudian sambung tido. Haha. Seterusnya bangun semula untuk mandi dan berkemas untuk check out dan meneruskan aktiviti. Tujuan check out awal kerana aktiviti ini akan memakan masa lebih daripada pukul 12 pm. Petangnya bakal ku bertolak ke Jakarta semula untuk tidur di sana.

Seawal jam 7.30 pagi daku dan isteri terhebat menunggu di lobi untuk Z dan kakak K bersiap. Tepat pukul 8 pagi, kedua-duanya hadir dan kami terus bertolak ke Stesen Keretapi Bandung. Sementara dalam perjalanan, kami sempat berhenti dan melalui beberapa tempat seperti Museum Asia-Afrika, Bandung Null Point, dan tempat penjualan lukisan. Sampai di Stesen Keretapi Bandung, kami menempah tiket ke Jakarta untuk pukul 4.30 petang ini. Di sini sebutannya ‘jam setengah lima’ yang bermaksud 4.30 pm, manakala jam setengah tiga bermaksud 2.30 pm. Wah, asing gitu.

Untuk menempah tiket keretapi prosedur berikut diikuti. Mula-mula isi borang pendaftaran atau booking yang boleh didapati di kaunter. Kemudian, isi maklumat yang dikehendaki. Untuk ruangan masa perjalanan, anda hendaklah mengetahui jadual perjalanan keretapi tersebut dengan melihat  papan notis atau bertanya kepada kaunter. Setelah itu, beratur di kaunter beserta dengan wangnya untuk menempah tiket. Agak kompleks gitu sampai dua kali kerja. Maklumat tadi akan dimasukkan semula ke dalam computer dan dicetak untuk rujukan dan sebagai tiket. Kalau di Malaysia maklumat terus dimasukkan ke dalam komputer di kaunter.

Selepas itu, kami terus bertolak ke Tangkuban Perahu. Tangkuban perahu ini ialah tempat gunung berapi yang tidak aktif yang terkenal selain Gunung Berapi kawah putih itu. Kira Tangkuban Perahu ini memangsalah satu tempat pelancongan terkenal disini. Kami pergi dengan Van yang telah dikawtim oleh Kak K dengan harga IDR 250,000 untuk kemana-mana seharian itu. Sementara sampai disana, Kak K menceritakan mitos berkenaan Tangkuban Perahu tersebut.

‘Suatu masa dahulu terdapat seorang anak yang dilahirkan oleh satu keluarga. Bapanya mempunyai magis dan boleh menyerupai sesiapan dan binatang. Semasa budak tersebut remaja, beliau pergi berburu dan berjaya membunuh seekor anjing. Hati anjing tersebut diberikan kepada ibunya. Ibunya menyedari yang hati tersebut ialah milik bapanya. Berang dengan tindakan anaknya, ibunya mengusir anaknya dari rumah. Hari bertemu hari, bulan bertemu bulan, sudah berjuta purnama berlalu.

‘Ditakdirkan si anak berjumpa semula ibunya dalam keadaan berkasih sayang. Mereka tidak mengenali antara satu sama lain kerana ibunya awet muda, dan remaja tersebut handsome perkasa. Sampai satu ketika mereka merancang untuk berkahwin. Dan tatkala sebaik sebelum upacara perkahwinan tersebut, si ibu menyedari akan tanda yang terdapat di anaknya. Takut menyinggung perasaan anaknya yang menaruh harapan tersebut, ibunya tersepit dengan perkahwinan haram itu. Maka, ibunya mengenakan beberapa syarat yang pelik yang menyukarkan majlis perkahwinan itu.

‘Ibunya mengenakan syarat pembinaan perahu yang besar dalam satu malam sahaja. Berang dengan tindakan ibunya itu, si anak segera menyiapkan perahu tersebut dalam satu malam. Ibunya semakin risau dengan kehebatan anaknya itu, telah menggunakan kuasa magis mempercepatkan hari siang. Si anak yang kecewa dan bertambah berangnya dengan keadaan itu telah menerbalikkan perahu itu.’

Sesampainya kami di kaki bukit, van kami ditahan oleh pekerja disitu dan beliau kemudian mengira berapa orang pelancong dan berapa orang yang dari Indonesia. Nak katakan kami berkulit putih, tak jugak. Sepatutnya kita ini rumpun yang sama, tiada perbezaan dari segi warna kulit dan raut wajah. Cuma yang mengantoikan kami daripada Malaysia ialah cara berpakaian mungkin. Nampak benar gaya tudungnya dari Malaysia. Huhu. Dengan itu, kami dikenakan harga yang berlainan yang 4 kali ganda lebih harga orang daripada Indonesia iaitu IDR50,000 berbanding IDR13,000.

Sampai di puncak terdapat banyak orang yang menjual barang seperti keychain dan sebagainya secara persendirian dan menggunakan approach secara jurujual sewaktu di kedai makan. Apa yang dipesan oleh driver kami ikuti iaitu tidak membeli daripada jualan persendirian tersebut kerana dikuatiri semua penjual akan menyerbu untuk menjual barang mereka pula jika anda membeli daripada salah seorang.

Pemandangan di sini memang best dan temperature boleh dikatakan sejuk sedikit berbanding Cameron Highland di Malaysia. Namun kesejukan tersebut tidak sampai untuk anda memerlukan pememakaian sweater dengan wajib. Kami kemudian bergerak daripada kawasan letak kereta tersebut ke kawasan gunung berapi tersebut di pergunungan itu yang jaraknya lebih kurang 2 kilometer.

Dari tempat itu boleh dilihat jelas gunung berapi tersebut punya lahar putih dan bau gas ammonia yang keluar agak kuat. Satu spesel pose telah disetup olehku untuk si Z dan Fazira bagi menunjukkan satu kelainan di sini. Saksikan di http://sweet.journalku.com

Selesai sahaja di Tangkuban perahu, kami turun makan tengahari di kaki bukit. Setelah itu, kami terus ke kedai Kartika Sari yang agak famous di sini dan Malaysia. Kartika Sari ini ialah kedai kek, dan terdapat banyak kek yang murah dengan harga mampu.

TO be continued.


0 comments

line

Trackbacks/Pingbacks

  1. Travelog – Pengalaman di Jakarta, Indonesia. Hari Pertama. | JoUrNaLKu.com - [...] Siri Pengalaman Bandung-Jakarta: http://my.journalku.com/archives/travelog-pengalaman-di-jakarta-indonesia-hari-pertama.html http://my.journalku.com/archives/pengalaman-di-bandung-indonesia-hari-kedua.html http://my.journalku.com/archives/pengalaman-di-bandung-indonesia-hari-ketiga.html http://my.journalku.com/archives/pengalaman-di-bandung-indonesia-hari-keempat.html [...]
  2. Pengalaman di Bandung, Indonesia – Hari Ketiga | JoUrNaLKu.com - [...] Siri Pengalaman Bandung-Jakarta: http://my.journalku.com/archives/travelog-pengalaman-di-jakarta-indonesia-hari-pertama.html http://my.journalku.com/archives/pengalaman-di-bandung-indonesia-hari-kedua.html http://my.journalku.com/archives/pengalaman-di-bandung-indonesia-hari-ketiga.html http://my.journalku.com/archives/pengalaman-di-bandung-indonesia-hari-keempat.html [...]

Leave a Reply