rss search

Pengalaman di Bandung, Indonesia – Hari Ketiga

line

Siri Pengalaman Bandung-Jakarta:
http://my.journalku.com/archives/travelog-pengalaman-di-jakarta-indonesia-hari-pertama.html
http://my.journalku.com/archives/pengalaman-di-bandung-indonesia-hari-kedua.html
http://my.journalku.com/archives/pengalaman-di-bandung-indonesia-hari-ketiga.html
http://my.journalku.com/archives/pengalaman-di-bandung-indonesia-hari-keempat.html

Kami bangun awal dan sempat bersarapan sebelum check-out pada pagi itu. Teksi jenis Blue Bird telah menunggu di luar kerana telah ditempah semasa check-in semalam. Antara teksi yang boleh dipercayai di sini ialah jenis Blue Bird dan Gemah Ripah. Seawal jam 8 pagi Indonesia ini, jalan tidak sesak. Memang lancar terus teksi ini meluncur ke Pasar Baru dengan harga IDR25,000 menggunakan meter.

Di Pasar Baru, barang-barang memang agak murah. Dan boleh murah lagi kerana orang-orang disini sudah pandai meletakkan harga tinggi sebelum ditawar. Tawar je sampai -40%. Nanti bolehlah dapat harga yang boleh-boleh untung sedikit. Panduan harga di sini tak pula kukaji sebelum datang. Tapi baju renang tu dalam IDR125,000; kain telekung IDR130,000, dan lain-lain lagi yang masih boleh cuba ditawar.

Selesai sahaja bershopping di pasar baru, kami ke tempat makan semalam. Memang kelakar kerana adik yang mengambil order semalam masih ingat lagi muka kami dan terus mengulangi order semalam. “Mahu air fresh oren dengan tembikai dan ayam panggang lagi ya pak?” Selepas itu, kami terus mengambil teksi GR ke rumah penginapan si Z iaitu Hotel Gandapura. Ia terletak di tengah Bandung. Dengan harga IDR185,000 (MYR70) per night which we didn’t expect too luxury, is still can considered satisfy our basic need. Cukup dengan bilik berkipas sahaja bersama TV dan 2 katil beserta tandas dan meja-almari.

Jam menunjukkan pukul 3 ptg Indonesia dan dengusan guruh sedang berkumandang. Hujan lebat turun sebaik sahaj sampai dihotel menjadikan plan kami untuk ke Factory Outlet dan Toko Tiga terbantut.

Baiklah. Kembali kepada panduan. Kami replan semula 4 orang ini dan bergerak ke Factory Outlet yang berdekatan selepas Maghrib. Menariknya kali ini kami menaiki Angkutan Kota. Harganya murah aja pak. Cuma IDR2,000 seorang. Bentuk Angkutan Kota atau Angkut ini adalah seperti van lama. Van ini agak kecil dan boleh memuatkan dalam 10-12 orang pada satu-satu masa. Terdapat banyak disini dan mereka seolah-olah bas mini yang terdapat di KL suatu ketika dahulu. Sentiasa bergerak ke satu-satu tempat dengan kadar yang banyak disamping tambang yang murah. Jika anda membawa beg besar, ia akan dkira sebagai satu passenger. Hehe.

Sesampai di Factory Outlet, kami ingin mengeluarkan wang dahulu kerana kehabisan. Gitulah bila berada di tempat orang. Kalau mencari uang tidak mengapa, ini tujuannya memang menghabiskan uang. Hahaha. Jangan risau pak. Walaupun Harimau tiada, 1Malaysia ada. Bank Cina India Melayu atau CIMB bank ini ada terdapat banyak di Indonesia. Dan seperti yang daku expect, kebanyakan orang tidak aktifkan pengeluaran antarabangsa di ATM di Malaysia sebelum keluar negara. Cuma daku sahaja boleh buat pengeluaran manakala si Z dan Fazira tidak mengaktifkannnya. Setelah kad ATM CIMB dicucuk, satu skrin akan memaparkan Access Restricted. Oleh itu, jangan lupa aktifkan kad ATM anda. Pilih menu Others dan cari pengeluaran antarabangsa gitu sebelum ke negara asing. Kad HSBC nggak perlu activate.

Di Factory Outlet, walaupun harga baju brandednya agak murah, namun ku merasakan harganya seakan-akan yang terdapat di Malaysia semasa Sale. Cuma ini tidak Sale. Jadi ku mencuci mata sahajalah di sini. Kemudian, kami ke tempat ala-ala lowyat gitu.

Bandung Electronic Center. Harga disini lebih kurang di Malaysia jugak. Mungkin memang begitu, mungkin jugak sebab kami tidak tawar menawar. Oh ya, no telefon Indonesia boleh juga dibeli disini dengan ID yang didaftar menggunakan no Passport anda.

Kemudian, kami makan malam di tempat yang dinamakan ___. Agak enak juga makanan disini. Selepas itu kami pulang aja ke hotel. Sekembalinya ke hotel, disebabkan masih awal dan keboringan melanda, kami ke restoran Pizza Hut yang terdapat disebelah hotel. Haha. Macam dah takde tempat lain untuk melepak. Yelah, mamak pun macam takde kat sini. Pizza Hut pun Pizza lah. Dengan harapan ada wireless.

Sewaktu masuk Z bertanya sama ada wireless internet terdapat disitu, pekerja restoran menyatakan iya. Tapi jelas riak diwajahnya beliau tidak faham apa yang dimaksudkan. Kemudian, selepas sekeping pizza kecil dan 2 air Milo dipesan, daku bertanya kembali kepada gadis pizza yang lebih cun. Ternyata beliau memahami dan menyatakan ‘wireless tiada lagi disini masih baru’. Hahaha. Nampak gayanya begitulah berakhirnya malam ini dengan cit chat. Terima kasih juga dengan ketiadaan wireless tersebut membuatkan daku menyelesaikan penulisan blog ini (tengah tulis nih) di Microsoft Word.

Kami kembali ke hotel pada jam 11 malam dan seterusnya solat dan tidur untuk persediaan esok.

Pengalaman Hari Keempat yang lebih menarik menanti. 🙂


0 comments

line

Trackbacks/Pingbacks

  1. Travelog – Pengalaman di Jakarta, Indonesia. Hari Pertama. | JoUrNaLKu.com - [...] http://my.journalku.com/archives/pengalaman-di-bandung-indonesia-hari-kedua.html http://my.journalku.com/archives/pengalaman-di-bandung-indonesia-hari-ketiga.html [...]
  2. Pengalaman di Bandung, Indonesia – Hari Kedua | JoUrNaLKu.com - [...] http://my.journalku.com/archives/pengalaman-di-bandung-indonesia-hari-kedua.html http://my.journalku.com/archives/pengalaman-di-bandung-indonesia-hari-ketiga.html [...]

Leave a Reply