rss search

SEC Santai PD ’09

line

Pada tanggal 6 Jun 2009, CEUTM (ex-Computer Engineering) mengadakan aktiviti SEC Santai untuk mengeratkan silaturrahim antara rakan-rakan seperjuangan semasa di UTM dahulu. Seramai sebelas orang peserta hadir untuk mengimarahkan Santai di sana yakni Palai (penganjur), Lukman (penganjur), Fairuz, Hakim, Shahfizal, Dekan, Nabilah, Huda Rahman, Shakirah, Zarina dan Hidayah.

Destinasi yang dipilih pada kali ini ialah Port Dickson dan kami menginap di Glory Beach Resort (RM470/apartmen beb.. Huhu.. amik 2 apartment). Ya, tidak dinafikan tempat tersebut agak selesa, namun pantai di sebelah resort kurang memuaskan kerana ia sedikit sebanyak agak tercemar.

Antara aktiviti menarik yang menjadi kenangan ialah:

1. menaiki Banana Boat di tepian pantai ramai-ramai (9 orang)
Pada petang Sabtu tersebut, bila dah takda aktiviti sangat, kami mendecide untuk menaiki Banana Boat. Ya, Dekan, Fairuz, Palai, Lukman, Hakim, Shah, Nabila, Shasha, Huda menaiki Banana Boat (dan buat pertama kalinya bagi Dekan) bersama-sama pusing-pusing di lautan nan indah. Vrooomm2.. Dan lastly kami dilemparkan ke tepian pantai gedebushhh!! Haha.. Terbaliklah banana tersebut. Ada yang mempunyai water confidence stabil sikit la macam Dekan ni. Tapi sian jugak kat Cik Huda dan Nabilah kerna belum terbiasa dengan level air yang tidak mencecah kaki ataupun terkejutan dilemparkan ataupun life jaket yang tidak selesa yang membuatkan mereka ditolong oleh rakan-rakan yang ada. Apapun ia amat menarik sekali… Hehe..

2. malam berBBQ di tepian pantai:

Malam itu kami semua lepaking di tepian pantai dan berBBQ kerna kelaparan yang ngamat sangat. Yum2.. Tahniah kepada Dekan kerana masakan BBQ mu mengagumkan. Opss tidak lupa juga kepada Lukman, Hakim, Shah, Hidayah, Nabilah, dan semua yang lain yang tidak perlu diulangi kembali nama-nama di atas kerana turut membantu sama ada menggoreng, menjadi quality control, menjadi pemakan sejati, mahupun tukang karut yang banyak bercakap. Muahaha.. Sedap woo ayam tuh.. X boleh lupa sosej Palai yang menyimpul-niympul bukan seperti sosej biasa selepas digoreng. Tahniah bro, leh bukak kedai! :p

Gambar ialah hiasan sementara kerana gambar-gambar lain belum diproses. Gambar: Melayan kerenah peminat memang menjadi tugas Dekan. Muahahaha :p

3. Aktiviti-aktiviti malam fizikal dan mental:
i) Galah Panjang:
Ya, GALAH PANJANG! Permainan legendary ini menjadi pilihan tiba-tiba pada malam tersebut berkat ilham yang diberikan Ilahi kerana tiada aktiviti yang lebih menarik melainkan kerjasama dan gelak tawa rakan-rakan yang sporting menjayakannya. Kami mulakan dengan melakar garisan galah panjang di pasir pantai tersebut dan setelah aktiviti dimulakan aktiviti kami menarik ramai pengunjung berhenti dan berkumpul di tepi gelanggang sambil memberikan sokongan dan support. Pergh.. Kumpulan paling happening sekali pada malam itu, ada yang sempat menagmbil gambar kami in action. Team 1 – Hakim, Fairuz, Palai, Hidayah dan Zarina. Team 2 – Dekan, Shah, Huda, Shasha, Nabilah. Pengadil – Lukman. Keputusannya: Seri dua sama. Hik hik.

ii) Pencuri, Detective dan Orang Kampung:

Permainan menarik ini ialah hasil idea Palai yang tidak kering gusi kami bermainnya. Ada 2 orang pencuri dan seorang detective dalam satu kampung, rulenya, pencuri mesti disingkirkan dan bukan detektif. Setiap salah tekaan, si peneka akan disingkirkan. Semuanya bermula dengan nama dan pekerjaan masing-masing yang agak melucukan: Ahmad Idham – bomoh, Cik Senah – penoreh getah, (Nabila) – (kerja), Rosmah bin Mansor – nelayan, Long Ahmad – tok mudim, Joey – posmen, (shasha) – penjahit baju, (zarina) – (pekerjaan), Najib – tok kadi. Berakhir pada tengah malam, kami kemudian pulang ke resort masing-masing yang kebetulan bersebelahan sahaja untuk berehat untuk menjana tenaga kembali untuk aktiviti esok.

ii) Tembakan bunga api:

Ini ialah ‘iklan’ tatkala kami sedang bermain permainan kedua. Bunga api ini dipasang oleh salah seorang pengunjung berdekatan dengan tempat aktiviti kami. Mestilah berdekatan kami kerana lebih meriah berbanding di tempat lain. 🙂

Kemudian keesokannya, pagi-pagi lagi kami sudah subuh dan menyiapkan diri untuk sarapan pagi. Yum2.. makan kat beach.. Seperti biasa makanannya memang sedap sama seperti beach2 mahupun hotel2 lain. (Kepada sesiapa yang biasa berkursus di sana-sini, mesti da muak. Haha.) Baiklah, setelah separa kenyang makan, kami ke aktiviti seterusnya..

Bola tampar pantai! Beach volley ball. (betul ke nama ni? Huhu malas nak pikir, nanti edit balik). Yehaa! Kami bermain dengan penuh teruja sekali setelah menempah court dan jaring ditepian pantai tersebut selama 1 jam sehingga jam 9 pagi. Lihatlah sapa yang terel! Hik2. Walaupun pihak lelaki kurang arif dalam permainan ini, namun mereka memberi tamparan yang hebat juga dengan skor yang agak competative! Pelbagai aksi dan skill dapat dilihat di situ. Keputusannya, group 1 menang. Hehe.

VolleyBall Beach
Volley Abll2

Side Story: Ada perkara menarik disitu berlaku sebenarnya bagi Dekan. Haha. Dekan yang tidak mempunyai seluar kering untuk bermain beach volleyball tersebut, telah dipinjamkan seluar track yang dipakai oleh seorang awek yang ngecun yang dirahsiakan namanya. Hahaha.. Maka tercapai jugalah hasrat untuk bermain volleyball tersebut. Tenkiu babeh. Tenkiu2 very much. Nanti guer blanje kalo jumpa lagi. Haha. 🙂

Kemudian, kami meneruskan aktiviti dengan berendam di dalam air. Air masin dan air tak masin. Mula-mula lepaking di laut. Tapi selepas terasa kemasinan yang amat, kami bergegas ke pool yang berdekatan. 1…2…. Yihaaaa Gedebush! Bunyi Dekan terjun ke dalam pool tersebut. Miahaha. Best woo.. Rugi sapa tak pergi. Pastu kami bermandi-mandalah situ. TAk lupa juga time tu ramai orang2 tururt bermandi-manda sekali. Haha. Time tu jugaklah diaorang ajak ramai2 celen pertandingan dukung pasangan masing2 dalam air dari satu belah ke sebelah bertentangan dalam pool tersebut. Apalagi, kami pun joinlah! haha.. Tapi kalah.. Yang penting fun. :p

Bermandi manda

Setelah itu kami bersiap-siap dalam pukul 11 pagi untuk checkout. Dalam pukul 12 ke satu kami makan tengaharai buat kali terakhir di gerai berdekatan.. Sekian sahaja.. Tidak sabar rasanya untuk menunggu santai seterusnya! 🙂

Pool


7 comments

line
  1. sue

    oiii pakcik tipuu ekkk…..pi PD upenyee…:P

    line
  2. ixora

    tak nampak apa-apa gambar!!!!

    jelesnya dia bercuti tak ajak…..

    line
  3. lynn

    dear..uwaaa sgt jeles!
    nak ikot! nak ikot!

    line
  4. emege saygi tesekkürler devamini bekleriz.

    line
  5. It’s hard to find your page in google. I found it on 13
    spot, you should build quality backlinks , it will help you to get more visitors.
    I know how to help you, just type in google – k2 seo tips

    line
  6. I read a lot of interesting articles here. Probably you spend a lot of time writing,
    i know how to save you a lot of work, there is an online
    tool that creates unique, SEO friendly articles in seconds, just type
    in google – laranitas free content source

    line
  7. I read a lot of interesting articles here. Probably you spend a lot of
    time writing, i know how to save you a lot of work, there is
    an online tool that creates high quality, google friendly posts in minutes, just type in google – laranitas free content source

    line

Leave a Reply