rss search

Selamat Mengerjakan Haji

line

Kepada kedua-dua orang tuaku,

Selamat mengerjakan haji dan semoga mendapat haji yang mabrur. InsyaAllah. Jangan lupa doakan anak-anak anda sekalian di sini.

Jangan risau, kami semua di sini selamat, sihat, bertenaga, sempoi, ensem, cute macam biasa.

Sempena hari raya haji hujung minggu ini daku ingin mengucapkan selamat hari raya haji kepada semua.

Jangan lupa solat, dengar khutbah, dan join gotong royong di surau dan kawasan perumahan anda.

Bagi kes yang lain pula, menurut turutan dalam Rukun Islam, mengerjakan haji adalah yang kelima. jadi adakah jika anda tidak mengerjakan haji, anda bukan Islam? Tidak. Ianya adalah bagi orang yang cukup syarat-syaratnya diwajibkan. Walau bagaimanapun, berikut ialah turutan Rukun Islam:

1. Mengucap dua kalimah syahadah – bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu ialah Rasul Nya

2. Solat 5 waktu sehari-semalam

*3. Berpuasa pada bulan Ramadhan / Menunaikan zakat

*4. Menunaikan zakat / Berpuasa pada bulan Ramadhan

5. Mengerjakan Haji

Akan tetapi turutan diatas terdapat beberapa pendapat tentang kedudukan sama ada Zakat dahulu baru Puasa. Hal ini kerana ia sering digandingan dengan solat seperti yang terkandung dalam beberapa dalil:

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah daripada yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana,” (at-Taubah: 71)

Daripada Abu Abdur Rahman, Abdullah bin Umar bin Al-Khattab radiallahuanhuma dia berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Islam dibangunkan di atas lima perkara; bersaksi bahawa tiada Ilah (Tuhan) yang berhak disembah selain Allah dan bahawa nabi Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, melaksanakan haji dan berpuasa Ramadhan. (Riwayat Turmuzi dan Muslim)

Sumber: http://blog.e-zakat.com.my/?p=482

Selamat beramal. Dan jangan lupa membayar zakat harta pada tahun ini yang belum ditunaikan bagi sesiapa yang bekerja itu. ;)



Leave a Reply