rss search

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

line

1. Bukit yang dimaksudkan secara tradisionalnya ialah wang ringgit dan keseluruhan peribahasa memaksudkan perbuatan menyimpan untuk masa depan.

2. Untuk orang yang liat (macam saya ni lah), adalah sukar untuk menyimpan secara konsisten. Kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. Kalau RM1 sehari, hujung tahun dah dapat RM365.

3. Kalau RM10 sehari, hujung tahun dah RM3,650. Tengok memang macam best, tapi nak menyimpan RM10 tu takde lah.

4. Jadi, saya terimbas satu cara awal tahun ini dimana satu teknik menyimpan secara mingguan. Setiap minggu pula secara kumulatif ia bertambah.

20140529-195804-71884946.jpg

5. Contohnya begini: Dalam setahun ada 52 minggu. Setiap minggu kita perlu menyimpan RM1 secara kumulatif. Kumulatif dalam kes ini ialah nilai tersebut ditambahkan dari nilai sebelum. Example:
Minggu 1: RM1
Minggu 2: RM2
Minggu 3: RM3
.
.
Minggu 52: RM52

Jadi total semua di atas ialah: 1 + 2 + 3 + . . . + 52 = 1000.

6. Jadi dengan menggunakan teknik ini kita tidak akan rasa terbeban secara psikologinya.

7. Amatlah disarankan anda menulis jadual pembayaran dan ditampal di luar tabung supaya anda boleh topup yang mana lompang atau jika ada duit lebih, anda boleh masukkan duit tersebut in advanced.

8. Gambar di atas menggambarkan apa yang saya cakap mengenai tabung tadi, dan dalam kes ini 1. Saya telah menggandakan daripada RM1 seminggu kepada RM3 seminggu. 2. Saya terbalikkan nilai dengan bermula dari yang tinggi ke rendah setiap minggu.

9. Alhamdulillah saya telah berjaya mengumpul sedikit wang yang mana boleh la untuk makan. Perhatikan week 20 baru RM2000++.

10. Sekian sahaja panduan dari saya. Anda bila lagi?

😉

Dekan



Leave a Reply