rss search

So, done what it takes to be a man! 2

line

Post ini adalah panjang, kepada sesiapa yang tidak berniat membaca, disarankan berhenti sahaja sekarang. Sekian terima kasih.

Muqaddimah
“Sebenarnya camni mak cik. Tentang Cik S ni.. saya tengok orangnya baik. Cara dia berpakaian elok, akhlak dia terjaga, jaga batas dan lain-lain lagi. Secara jujurnya saya dah tengok ramai orang. Yang baik ada, yang lawa ada, yang perangai ok, yang x ok, semua saya dah lalui. (hehe.. bocor lak rasia.. tp xpe, tula rugi sapa xnak Mr A.)

Masa Depan
“Saya sebenarnya sukalah kat Cik S ini. Kalo boleh sampai kahwin. Tentang kahwin pula mak cik, sekarang saya tengah mencari kerja, kalau dapat, mungkin dalam 2 tahun baru saya boleh kahwin dengan dia. Sebab sekarang, kalau nak kahwin tiada duit. Lgpun selepas 2 tahun ekonomi saya jangkakan lebih stabil. Saya boleh ambil anak makcik dengan elok. Semua ini terpulanglah kepada mak cik..” kata Mr A.

Kemudian mak Cik S menjawab, “Mak cik x kisah..” Walau bagaimanapun, mestilah seorang ibu ini akan merahsiakan jika ada calon di hatinya ataupun ada perkara lain yang sedang difikirkannya.

Kefahaman Terhadap Situasi
Dengan tenang Mr A menyambung, “Saya faham makcik mestilah nak melihat anak mak cik ni kahwin. Adalah menjadi satu kegembiraan ibu bapa melihat anaknya selamat dikahwinkan. Jadi, saya cuma boleh berbuat begitu 2 tahun lagi kerana lebih secure kehidupan akan datang. Jika mak cik berpendapat selain itu, saya akan terima kerana saya faham hati seorang mak. Semua keputusan dalam tangan mak cik. Mak cik boleh fikir apa yang terbaik.”

“Mak cik tak kisah.. Ikut Cik S lah.. kalo dia mau, mau la.. kalau nak paksa2 kawin ngan org2, kalau dia xmau x boleh jugak…” kata Mak Cik S. Heh, ayat ni tau..

“Eh tidak mengapa mak cik, saya cuma memberitahu supaya keadaan jelas. Kalau saya x bgtau ni, saya sendiri rasa tidak sedap hati. Saya tak paksa sebab saya pun faham keadaan yang tidak pasti akan datang.” Mr A mengakhiri perbualan tersebut.

“Jadi Mr A ni betul2 lah ya..” terdengar oleh Mr A, mak Cik S mengeluarkan kata tersebut antara keluar atau tidak. Huh. 🙂

Dialog Penghujung
Mr A : “Oklah mak cik, saya terpaksa balik ni. Tiket belum beli lagi. Kirim salam kat Cik S ya.”
Mak CS : “Eh kenapa xnak tunggu Cik S pulang? Tunggulah sekejap.”
Mr A : “Dia banyak kerjalah mak cik. Nanti dia balik lewat malam ini.” (Mr A berbohong sunat.. :p )
Mak CS : “Dah msg dia ka?”
Mr A : “Dah.. Oklah mak cik. Jumpa lagi. Assalamualaikum.”
Mak CS : “Waalaikummussalam. Kirim salam kat mak ya.”
Mr A : “InsyaAllah.. (Bisa diuruskan. Ibu Mr A sudah awal2 diberitahu oleh Mr A mahu ke rumah aweknya).”

Semalam Mr A menghantar juga mesej selamat malam ke Cik S kerana beliau tidak mahu melayankan sgt angin Cik S tentang msg sebelum ini. Mr A sekarang berasa lega dan sebarang perkara yang akan berlaku beliau akan redha.

Persoalan lagi? So, whats next?
Sehingga lewat malam tadi dan hari ini, Cik S masih lagi tidak memberi mesej atau menelefon Mr A. Oleh itu, Mr A mengambil keputusan untuk mendiamkan diri walaupun sudah mendapat pekerjaan nanti sehingga Cik S sendiri datang kepadanya. Beliau mahu melihat sama ada Cik S ikhlas dalam hubungan atau cuma mahu Mr A apabila beliau mendapat pekerjaan sahaja.

Yeah, Dekan sokong cara tersebut! Anyone sokong lagi? Komen? 🙂

So, done what it takes to be a man!



Leave a Reply