rss search

Vietnam Hari 1 – Selamat Datang ke Vietnam

line

Pengalaman di Vietnam:
http://my.journalku.com/archives/vietnam-hari-1-selamat-datang-ke-vietnam.html
http://my.journalku.com/archives/vietnam-hari-2-touring-around-hcmc.html

Kisah ini adalah berdasarkan pengalamanku bersama isteri, dan bffs ke Ho Chi Minh, Vietnam dua minggu selepas majlis perkahwinanku. Semoga coretan daripada cebisan memori manis ini akan sedikit sebanyak memberi panduan kepada sesiapa yang akan ke sana. ūüėČ

Sebelum Hari Pertama:

Sejak dari tahun lepas lagi pembelian tiket dan perancangan dilakukan sedikit demi sedikit. Terima kasih kepada AirAsia dan jiwaku yang teringin ke negara atas daripada negara bawah dalam penetapan destinasi tersebut. Terima kasih juga kepada bff, Cik Suliza yang memberikan link panduan ke Ho Chi Minh City (HCMC) daripada perbicangan forum di sini:¬†http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=615922¬†. Ia sememangnya membantu ‘what to expect’ di sana nanti.

Sebulan sebelum ke sana, yakni pada awal taun 2012, beberapa perkara rancak disediakan dan dilaksanakan. Ditambah pula dengan majlis perkahwinan ku juga penghujung Jan 2012, taraf terujanya membuat segala itu ibarat Uranium 235 yang terbebas tanpa Boron ditengahnya. Passport, Kebenaran ke luar negara, Penginapan, Tourist Guide (saye la tu), dan beberapa perkara lain telah disediakan dengan jayanya. Alhamdulillah berbekalkan pengalaman di negara orang sebelum ini.

Hari 1 

Pada 9 Feb 2012, kami berempat bertolak daripada Putrajaya ke LCCT pada pukul 2.30 petang. Kami menaiki Van teksi yang telah ditempah pagi itu dan ia memakan Ringgit Malaysia Rm120. Apa boleh buat, baggage semua orang bawak satu, teksi kecil tak cukup. Hehe.

Sesampainya di sana, kami berehat sebentar sementara menunggu check pukul 4.30 petang dan kemudiannya menaiki pesawat Air Asia AK884/881 ke HCMC pada jam 6.50 petang. Itu menandakan sejarah tercipta buat kedua-dua BFFs ku ke luar negara.

Perjalanan yang mengambil masa 1 jam 50 minit itu tamat setelah pesawat selamat mendarat di Lapangan Terbang Tan Som Naht, Ho Chi Minh. Masa tempatan: 19:40. Hm.. Agak pelik juga buatku kerana tadi bertolak pada jam 6.50 petang, kemudian sampai sini sepatunya tidak sampai 40 minit.  Tapi sekarang baru 7.40 pm? Hm.. Mungkin ada yang mengatakan ia perbezaan masa kerana berlainan latitud. Mungkin juga. Tapi, sebetulnya saya sudah biasa dengan perbezaan tersebut, kerana jangkaan saya sepatutnya dalam 2 jam lebih sudah berlalu kerana kita bergerak ke arah Timur, bukan ke arah Barat yang boleh menjimatkan masa. Saya akan terangkan kemudian.

Sesampai sahaja di Airport, setelah melakukan pemeriksaan imigresen, kami terus mendapatkan teksi. Teksi tersebut (yang berbentuk Van teksi yang kami naiki ke LCCT) ialah daripada syarikat Vinasun yang seterusnya menjadi pilihan kami di HCMC ini. Perjalanan daripada Airport ke Hotel Hai Long 5 mengambil masa hampir 30 minit dan cuma memakan Ringgit Malaysia RM20 sahaja. Agak terperanjat mendengarnya.

Sepanjang perjalanan ke hotel dapat kami saksikan kehidupan di sini yang jauh meleset seperti yang kami jangkakan. Tiada nampak orang yang tidur di tepi jalan, dan tiada rumah yang macam kampung atau pengemis-pengemis yang banyak. It is not that bad here. Kebanyakan jalan-jalan disini dipenuhi dengan motosikal. Terlalu banyak sampai hendak melintas pun takut. Kalau kat Malaysia jam dengan kereta, kat sini boleh dikatakan jam dengan motor. Mungkin di sini saya tafsirkan motor lebih mudah dan affordable diperoleh berbanding kereta. Dalam nisbah 20-25 biji motor: 1 biji kereta di jalanan. Dan kereta tersebut kebanyakannya teksi, bukan kereta persendirian.

Sesampai sahaja di hotel, kami diberi 2 bilik yang bersebelahan. Dan satu bilik itu agak besar. Memang agak melebihi nilai RM100 satu malam untuk hotel di Malaysia. Harga bilik tersebut dalam lingkungan RM400 untuk dua malam, dua bilik. Dengan masing-masing yang agak lapar, kami pun tanpa berlengah lagi terus membuka bekalan maggie dan roti dan apa-apa yang telah dibawa daripada Malaysia. Alhamdulillah. Sementara nak navigate area di mana ada restoran Halal, maka itulah hidangan kami.

Seterusnya malam itu, Puan Fazira berehat di bilik dan kami bertiga cuma walking down the street di area berdekatan dengan hotel. Terdapat satu kedai grocery 24 jam buka dan rupanya hotel tersebut berdekatan dengan tempat makanan halal. Cuma kurang 5 minit dengan berjalan kaki. Kami kemudian berjalan kaki ke area riverside di Saigon River. “Massage sir, massage!” Panggil seorang awek Vietnam yang kukira agak cute dengan baju menutupi seluruh badannya. Kami cuma mengangkat tangan tanda, “It is ok.” Fairuz pun agak terkejut dengan panggilan tersebut dan terus terngiang-ngiang sepanjang pulang ke bilik. Hahaha.

End of Day 1.


0 comments

line

Trackbacks/Pingbacks

  1. Vietnam Hari 2 – Touring Around HCMC | JoUrNaLKu.com - [...] di Vietnam: http://my.journalku.com/archives/vietnam-hari-1-selamat-datang-ke-vietnam.html [...]

Leave a Reply