rss search

Vietnam Hari 2 – Touring Around HCMC

line

Hari 2

Kami bangun seawal jam 5 pagi Vietnam. Ia adalah bersamaan 6 pagi Malaysia. Solat subuh. Baiklah. Anda missed sesuatu jika anda baca sekali sahaja pernyataan sebelum ini. 5 am waktu tempatanVietnam adalah bersamaan 6 am waktu tempatan Malaysia.  Vietnam terletak di sebelah timur semenanjung Malaysia dari segi logitudnya. Maka, sepatutnya waktu Vietnam sekarang lebih daripada pukul 6 pagi Malaysia kerana ia cerah dahulu.  Boleh dikatakan sekarang teramat cerah diluar seperti pukul 8 am. Itu yang saya katakan pelik dalam post sebelum ini.

Seharian ini kami plan untuk menjelajah tempat-tempat menarik di HCMC dengan berpandukan Tourist Guide yang tidak berbayar iaitu diri saya sendiri. Haha. Maka, pukul 7.30 am kami turut bersarapan di Hotel tersebut. Alhamdulillah, terdapat hidangan buah-buahan dan juga cereal selain daripada makanan sedap tetapi meragukan buat kami. Alhamdulillah, boleh juga untuk mengalas perut.

Destinasi pertama ialah yang terdekat iaitu Notredame Cathederal.

Notredame Cathederal terletak di sebelah Paris Square (Cong Xa Pari) telah dibina antara tahun 1877-1880 ini dipercayai terletak di atas tapak Pagoda zaman dahulu. Pada tahun 2006, statue yang terletak di Notredame Cathederal diletakkan dibawah pengawasan kerana dipercayai mengalirkan air mata.

Destinasi kedua – General Post Office

General Post Office ini telah dibina pada 1880-an menggunakan senibina Perancis dan Khmer. Di dalam pejabat pos besar ini terdapat ruang yang sangat luas dengan dinding yang tinggi. Terdapat beberapa album setem Vietnam yang lama yang dijual dengan harga dalam lingkungan MYR20 – MYR30. Terdapat juga pelbagai bentuk handicraft , keychain, dan poskad yang boleh dijadikan souvenir dijual di dalamnya. Terdapat juga bank untuk tukaran wang yang mana tukarannya agak mahal berbanding di pasaraya Ben Than atau di tempat kami menginap iaitu District 1 berdekatan masjid. Pada dinding di sebelah dalamnya terdapat peta lama Cochin China yang masih terselamat dn di tengah hujung pejabat pos itu terpapar gambar potrait seseorang iaitu seorang yang dikenali sebagai Ho Chi Minh.

Destinasi 3 – Reunification Palace

Dahulu dikenali dengan nama Presidential Palace, Reunification Palace ialah sebuah istana pada zaman dahulu yang merupakan simbol kebangkitan Vietnam atas kejatuhan kerajaan Vietnam Selatan oleh Vietnam Utara. Maka di dalam Palace terdapat terdapat tinggalan rung dan peralatan yang digunakan sejak 1975 dahulu. Pengunjung boleh mengunjungi 4 tingkat bangunan tersebut termasuk tingkat teratas iaitu tingkat rooftop juga termasuk basement. Di luar bangunan tersebut terdapat 2 kereta kebal sebagai simbol tentera Vietnam Utara yang menerjah masuk ke pagar Istana Vietnam Selatan pada 1975. Kapal terbang yang juga terdapat di luar bangunan istana pula ialah sebagai simbol serangan ke atas President Diem yang dipercayai diterjah oleh dua orang juruterbang terhandal daripada Vietnam Selatan.

Destinasi 4 – Ben Than Market (sekejap sahaja singgah)

Waktu menunjukkan pukul 12.30 pm, maka kami sudah lapar. Berada berdekatan area Ben Than, kami kekurangan guide untuk makanan halal. Alang-alang sudah sampai ke Ben Than, kami shopping 10 minit dahulu meninjau keadaan sebelum pulang ke kawasan hotel yang berdekatan dengan restoran halal yang dijumpai malam tadi.

Destinasi 5 – Restoran Makanan Melayu (Empat Musim)

 

Destinasi 5 – War Remnant Museum



Leave a Reply