rss search

World local time yang aneh

line

Assalamualaikum w.b.t.,

Setakat ini, Alhamdulillah, daku telah diberi kesempatan untuk travel ke beberapa negara, termasuk beberapa lagi dalam schedule. Banyak yang telah kupelajari semasa berada diperantauan walaupun tidak lama.

Satu perkara menarik yang daku perhatikan ialah localtime negara tersebut berbanding dengan Malaysia. Antara banyak-banyak negara Asia seperti Indonesia, Singapura, Korea dan Jepun,, cuma satu negara ini masih mengelelirukan daku, iaitu Vietnam.

Semasa post ini dibuat, ayahku sedang berada di Vietnam dan akan kembali dalam masa beberapa jam sahaja lagi. Beliau meminta daku mengambilnya di Airport LCCT dalam masa 4 jam lagi.

Baiklah. Begini anehnya:

i. Pada waktu sekarang, localtime di Vietnam ialah 2.30 pm

ii. Manakala di Malaysia sekarang ialah 3.30 pm.

Bayangkan lokasi Vietnam dan Malaysia sekarang.

Sebetulnya, seperti Korea dan Jepun yang berada lebih timur dari Malaysia, mereka adalah sejam lebih awal dari Malaysia. Begitu juga dengan Vietnam yang terletak lebih timur daripada Malaysia. Ataupun seeloknya ia adalah lebih kurang sama dengan masa Malaysia, bukan perbezaan sehingga satu jam lewat.

1111_4_1

Dapat?

Kalau dapat bagus, kalau masih keliru, kita bayangkan sebegini. Antara Malaysia dengan Vietnam, siapa subuh dahulu? Mestilah Vietnam dahulu. Katakan waktu subuh Vietnam pukul 5 pagi, mestilah sebetulnya di Malaysia masih diulit mimpi, pukul 4 pagi masa tersebut. Akan tetapi, waktu sebenar localtime Malaysia ketika localtime Vietnam jam 5 pagi ialah 6 pagi.

Perhatikan peta dalam gambar di atas. Vietnam lebih ketimuran daripada Malaysia kan.

Jawapannya terdapat di bawah ini.

kl_localtime

Kuala Lumpur Localtime

vietnam_localtime

Ho Chi Minh Localtime

Data ini diambil daripada http://24timezones.com/. Perhatikan terdapat garisan berwarna putih tersebut yang melambangkan perbezaan masa. Malaysia dan Singapura telah memilih untuk berada di zone GMT + 8, manakala Vietnam (walaupun mereka lebih ketimuran) telah memilih untuk berada di zone (GMT + 7).

Oleh itu, mereka akan sentiasa awal sejam walaupun keadaan cuaca atau masa seolah-olah mereka lewat sejam. 🙂

Perdebatan dan perkongsian pendapat ini berlaku antara daku dengan ayahku sebentar tadi. Jangan lupa Malaysia pernah juga melaraskan masa 3 kali sebelum ini, kata ayahku. Dan kelihatan fakta menyebut, sebenarnya ia lebih daripada 3 kali:

Period in use Time offset from GMT Name of Time (unofficial)
1 January 1901 – 31 May 1905 UTC+06:46:48 British Malayan Mean Time
1 June 1905 – 31 December 1932 UTC+07:00:00 Standard Zone Time
1 January 1933 – 31 August 1941 UTC+07:20:00 Daylight Standard Time
1 September 1941 – 15 February 1942 UTC+07:30:00 Daylight Standard Time
16 February 1942 – 12 September 1945 UTC+09:00:00 Tokyo Standard Time
13 September 1945 – 31 December 1981 UTC+07:30:00 Daylight Standard Time/Malaysia Standard Time
1 January 1982 – Present UTC+08:00:00 Malaysia Standard Time

Data diatas diperoleh daripada Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Time_in_Malaysia

Pada 31 Disember 1981, Malaysia pernah melaraskan jam localtime atau Waktu Piawai Malaysia kepada 30 minit awal iaitu kepada UTC + 8 sekarang. Waktu Piawai Malaysia sekarang adalah berdasarkan 5 jam atom SIRIM yang telah dilantik sebagai penjaga masa Malaysia pada 1 Jan 1990.



Leave a Reply